Nuffnang

Tuesday, May 11, 2021

Perghhh Tudia !!! Gadis tanya jalan, abang guard jawab dengan ‘pick -up line’ jiwang

 

Gadis tanya jalan, abang guard jawab dengan ‘pick -up line’ jiwang... muncul sekali lagi di media sosial dengan komen ‘hai, itu saya’


Video 'pick-up line' pengawal keselamatan yang dimuat naik Nur Fadhlin menjadi tular di media sosial.

PENGGUNAAN kata pikat atau 'pick-up line' dalam kalangan masyarakat kita sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini.

Mungkin ada yang beranggapan ia cenderung digunakan oleh kaum Melayu sahaja, namun jangan terkejut jika ia 'terkeluar' dari mulut kaum lain sebagaimana video yang dikongsikan gadis ini.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, kelihatan seorang pengawal keselamatan bukan sahaja fasih bertutur dalam bahasa Melayu sebaliknya turut memberikan kata pikat dengan lancar dan penuh yakin.


"Apa beza Ronaldo dengan awak? Ronaldo pemain bola tapi awak bermain dalam fikiran saya," demikian ayat 'pickup line' yang dituturkan pengawal keselamatan tersebut.

Sehingga kini, video berkenaan meraih melebihi 900,000 tontonan!



Pengawal keselamatan yang memberi 'pick-up' line kepada Nur Fadhlin dan rakan-rakannya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Fadhlin Yahaya berkata video berkenaan merupakan video yang dirakam tahun lalu ketika dia bersama dua rakan mahu menjamu selera di sebuah kafe di Kuala Lumpur.

"Kami tak pernah pergi ke kafe tersebut dan itu adalah kali pertama nak ke sana. Disebabkan itu, kami agak kurang arif dengan lokasinya.

"Dah banyak kali pusing-pusing tapi masih tak jumpa jalan masuk padahal kami berada di kawasan sekitar kafe itu dah. Akhirnya kami ambil keputusan pergi bertanya kepada pengawal keselamatan di situ," ujar gadis berusia 21 tahun ini.



Nur Fadhlin dan dua rakannya yang bersahabat sejak di bangku sekolah menengah.

Menurutnya, pengawal keselamatan tersebut kemudian menerangkan arah jalan untuk ke kafe berkenaan namun tanpa disangka lelaki itu sempat memberikan 'pickup line' sebelum mereka berlalu.

"Sebenarnya sebelum itu dia dah buat lawak tapi kami sempat rakam masa dah hujung-hujung. Saya baru tergerak nak muat naik baru-baru ini sebab rasa video itu menghiburkan.

"Lagi satu, kagum dengan cara dia melayani orang awam, tak serius dan boleh pula buat lawak walaupun mungkin penat bertugas.

Sebenarnya sebelum itu dia dah buat lawak tapi kami sempat rakam masa dah hujung-hujung.

NUR FADHLIN YAHAYA

"Tak sangka pula video itu catat jumlah tontonan yang tinggi. Ramai yang komen kerana terhibur, tapi ada beberapa orang komen yang kata muka guard itu macam Alif Satar.

"Dalam banyak-banyak komen, ada seorang yang tulis komen 'hai, itu saya'. Saya tak pasti jika orang itu adalah pengawal keselamatan dalam video tu tapi bila saya tengok akaunnya, nampak macam sama. Malah dia siap follow TikTok saya," kata penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ini.



Nur Fadlin tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di media sosial.

Dalam pada itu, Nur Fadhlin turut meluahkan rasa rindu untuk menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya seperti sebelum ini, namun sudah pasti ia adalah sesuatu yang agak mustahil memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dulu selalu dapat jalan-jalan, makan-makan dengan kawan-kawan tapi sekarang tidak lagi. Nak pergi makan dekat-dekat pun bimbang dengan risiko virus Covid-19.

"Sekarang ni pun kami kena ikuti kelas secara dalam talian... rasa bosan dan kalau boleh nak pergi kelas macam dulu. Harap sangat semua rakyat kita dapat patuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya kes makin berkurang," ujarnya lagi.



No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung