Nuffnang

Tuesday, July 20, 2021

Berang ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki maki peniaga nasi lemak ditahan

 

Berang ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki maki peniaga nasi lemak ditahan

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

POLIS menahan seorang lelaki yang didakwa memaki hamun seorang peniasa nasi lemak dan pelanggannya selepas ditegur tidak memakai pelitup muka dalam kejadian di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni berkata, suspek ditahan di rumahnya pada Isnin malam.

"Suspek direman sehingga 21 Julai bagi membantu siasatan," katanya pada Selasa.

Menerusi satu video yang tular, suspek yang tidak memakai pelitup muka bertindak memarahi dan memaki hamun penjual nasi lemak di situ dan seorang pelanggan lain, apabila ditegur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam.


Basri berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi Isnin (19 Julai).

"Kita menerima laporan dari seorang wanita berusia 22 tahun setelah lelaki itu didakwa memarahi dan menggunakan bahasa kesat kepada ibunya dan seorang pelanggan di depan gerainya di Jalan Desa Bakti," katanya.

Susulan kejadian itu, suspek kini berdepan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana melakukan ugutan jenayah.

Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). - The Star


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung