Main tak ingat, sampai mak marah! Empat beradik dah besar panjang ‘dihukum’ sental baju sendiri gara-gara tiru aksi penerjun negara
BOSAN sangat di rumah tak tahu nak buat apa, sekumpulan adik beradik ini memilih untuk membuat persembahan terjunan.
Namun terjunan meraka bukanlah disasarkan ke arah kolam renang sebaliknya 'mendarat' di atas longgokan pasir dan lumpur.
Video aksi mereka melakukan aktiviti terjunan tersebut dengan berlatar belakangkan suara pengulas sukan terkenal tanah air itu ternyata mencuit hati netizen.
Bercakap kepada mStar, Muhamad Faizal Danial Suhaimi, 23, berkata idea untuk melakukan aktiviti tersebut datang daripada abangnya Muhamad Faisal, 25.
"Masa tu kami terlampau bosan di rumah, lepas tu hujan pula, kemudian tiba-tiba abang ajak main lumpur.
"Kami bertiga setujulah sebab memang semua tengah tak tahu nak buat apa.
"Masa tengah main lumpur tu timbul pula idea spontan nak buat gaya macam penerjun negara tapi kami terjun atas pasir," katanya.
Faizal Danial, Faisal, Qumal Hakim dan Sharif Dazni.
Video perkongsian mereka itu kini mendapat lebih 1.2 juta tontonan dengan 153,000 tanda suka dalam masa kurang 24 jam.
Memandangkan sekarang PKP dan kami semua tak boleh buat apa, kami banyak main TikTok je, memang akaun kami berempat ni baru buka bulan Mac tahun ni sebab bosan sangat.
MUHAMAD FAIZAL DANIAL SUHAIMI
Selain Faizal dan Faisal dua lagi adik mereka yang turut sama menyertai aktiviti terjunan di kawasan belakang rumah mereka di Gua Musang, Kelantan itu adalah Muhammad Sharif Dazni, 18, dan Muhammad Qumal Hakim, 20.
Faizal berkata akibat perbuatan mereka itu kesemua mereka empat beradik terpaksa membasuh sendiri pakaian mereka yang penuh dengan lumpur setelah dimarahi ibu.
Adik beradik ini mula bermain TikTok awal tahun lalu untuk menghilangkan rasa bosan duduk dirumah.
Katanya lagi mereka semua tidak menyangka bahawa video tersebut akan menarik perhatian ramai.
"Kami memang teruja dan agak terkejut juga sebab kami buat content tu memang spontan dengan main lompat-lompat atas pasir tapi tengok ramai yang komen cakap lawak." katanya.
Menurut Faizal yang masih belajar, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum ditamatkan mereka adik beradik terpaksa mencari aktiviti lain bagi mengisi masa lapang serta menghilangkan rasa bosan terperuk di rumah.
“Memandangkan sekarang PKP dan kami semua tak boleh buat apa, kami banyak main TikTok je, memang akaun kami berempat ni baru buka bulan Mac tahun ni sebab bosan sangat.
“Aktiviti yang kami buat pula tak menentu sebab bila dah bosan automatik keluar perangai budak-budak tu, main hujan la, main lumpur, buat video fesyen show dan macam-macam lagi,” katanya.Mstar
1 comment:
Salam...
Beh membacanya...
Post a Comment