Nuffnang

Monday, August 23, 2021

Tudiaa !! “Kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya” - Remy Ishak janji terus hiburkan peminat walaupun sudah berstatus suami orang

 

“Kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya” - Remy Ishak janji terus hiburkan peminat walaupun sudah berstatus suami orang


Remy berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.

KELAKAR dan mencuit hati.

Macam-macam ragam peminat Remy Ishak meluahkan perasaan di media sosial apabila ‘hero Malaya’ kesayangan mereka selamat bernikah pada Sabtu.

Malah boleh dikatakan Remy sendiri sempat menonton video-video kreatif ‘hadiah’ perkahwinan yang dihasilkan peminatnya termasuk luahan ‘patah hati’ di laman sosial.

Bagaimanapun Remy berkata, dia meminta maaf jika ada peminat yang betul-betul kecewa dengan keputusannya untuk berumah tangga.

“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini.

“Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya. Tapi kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya,” ujarnya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda turut memuat baik sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita sedang bersedih dengan iringan lagu nyanyian Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti.

Menerusi video berkenaan turut disertakan sebuah artikel mStar bertajuk Remy nikah Sabtu ini, Ezza Yusof pilihan hati - “Baik dan buruk dia saya tahu”.

Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya.

REMY ISHAK

PELAKON

Dalam pada itu, Remy berkata, biarpun sudah bergelar suami orang, dia tetap akan meneruskan kerjaya lakonan dan menghiburkan peminat-peminatnya.

“InsyaAllah saya akan tetap menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang.

“Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya” ujarnya lagi.

Remy Ishak and Ezza Yusof are now a married couple. Photo: riseandwin.asia/InstagramRemy dan Ezza disatukan sebagai suami isteri pada petang Sabtu.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 1 petang Sabtu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung