Nuffnang

Saturday, September 25, 2021

Wow !!! Neelofa nampak makin berisi, netizen kata ‘baby bump’ dah tak boleh sembunyi -

 

Neelofa nampak makin berisi, netizen kata ‘baby bump’ dah tak boleh sembunyi - “Ada isi dalam tu... comel Lofa pregnant”

Gelagat Neelofa usap perut tarik perhatian netizen di media sosial.

SELAIN kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), cerita tentang ‘baby bump’ Noor Neelofa Mohd Noor terus menarik perhatian ramai ketika selebriti itu hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Jumaat.

Jika diikutkan, cakap-cakap tentang isteri kepada pendakwah Muhammad Haris Mohd Ismail ini sedang hamil bukanlah perkara baharu namun kali ini ia lebih ketara.

Berdasarkan video dan foto terkini usahawan berkenaan, ia seperti mengiakan khabar gembira itu lebih-lebih lagi ketika melihat gelagat Neelofa yang kerap mengusap perut.


Malah, foto yang dimuat naik oleh portal berita turut dibanjiri komen tahniah daripada peminat yang teruja dengan aksi ‘pegang perut’ pelakon ini.

Sebelum ini, dakwaan yang mengatakan Neelofa hamil pernah mencuri perhatian apabila sekeping gambarnya yang seolah-olah terlihat ‘baby bump’ tular di media sosial pada Julai lalu.

Neelofa HarisNeelofa dan Haris hadir di Mahkamah Majistret Seremban bagi sebut semula kes langgar SOP.

Bagaimanapun, sehingga ini kedua-duanya mengunci mulut mengenai perkara itu dan terus membiarkan peminat berteka-teki.

Malah, ada dalam kalangan peminat yang mengucapkan tahniah jika Neelofa benar-benar hamil.

"Nampak baby bump dekat situ... wow!

"Berisi Neelofa, ada isi dalam tu. Comel Lofa pregnant," tulis netizen.

Jika benar telahan netizen itu, kita mendoakan semoga Neelofa dan kandungannya itu sihat sehingga hari kelahiran.

Berisi Neelofa, ada isi dalam tu. Comel Lofa pregnant

NETIZEN

Terdahulu, Noor Neelofa yang berjubah kelabu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.40 pagi bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi SOP di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Kes tersebut akan disebut semula pada 21 Oktober ini.

Neelofa, 32, dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.




Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung