Nuffnang

Monday, September 20, 2021

Wow ..Tudiaa Cucu tak yakin lukisan datuk umur 82 tahun boleh jual, tapi berlaku sebaliknya cuma dengan sekali ‘promote’

 

Cucu tak yakin lukisan datuk umur 82 tahun boleh jual, tapi berlaku sebaliknya cuma dengan sekali ‘promote’ - “Ramai kirim salam kat atuk”

Syura tak sangka hebahan mengenai lukisan datuknya tular di Twitter.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah kisah mengenai koleksi lukisan milik seorang warga emas berusia 82 tahun yang tiba-tiba laris terjual menerusi laman Twitter.

Menurut Puteri Nur Asyura Norman, 24, dia sekadar mencuba nasib dengan membuat hebahan mengenai karya lukisan datuknya, Syed Hashim Syed Ahmad dan sama sekali tidak menyangka akan menerima maklum balas luar biasa.

"Ini kali pertama saya berkongsi mengenai lukisan walid (datuk) di Twitter, sebabnya dia baru kumpul semua lukisan yang dah lama dihasilkan.

"Saya terkejut perkongsian itu mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah, dapatlah saya tolong walid. Setakat ini, sudah 50 keping lukisan terjual dalam masa tiga hari.

"Masih ada 60 keping lagi lukisan yang belum dijual. Sejujurnya saya sangat terharu dengan sokongan ramai di Twitter. Selain nak beli lukisan, ada juga yang komen memuji hasil karya walid dan minta saya sampaikan salam kepadanya," ujar gadis yang senang disapa Syura itu.

syura2

Syura tinggal berdekatan dengan kediaman datuk dan neneknya.

Menurut Syura yang juga seorang ejen takaful, dia pada awalnya ragu-ragu untuk membuat hebahan di Twitter kerana risau tidak mendapat sambutan.

Namun katanya, dia menerima reaksi berbeza yang mana sokongan yang diberikan netizen dianggap sebagai satu rezeki tak disangka-sangka buat keluarganya.

"Masa awal-awal walid minta saya tolong jual lukisan, saya ada terfikir untuk kongsi di Twitter tapi saya risau tiada sambutan.

"Pada satu malam, saya kongsi juga dan bangun esoknya dikejutkan dengan mesej di Twitter. Saya sangat terharu sebab ramai yang nak bantu walid cari rezeki. Saya pun sekadar nak tolong keluarga," ujarnya lagi.

Kebanyakan inspirasi lukisan diambil daripada kampung saya di Terengganu.

SYED HASHIM SYED AHMAD

Dalam pada itu, Syura mengakui dia sudah terbiasa melihat datuknya melukis sejak sekian lama, namun tidak pernah terfikir untuk mengikut jejak langkah sama.

"Walid merupakan atuk saya belah mak. Saya memang dari kecil selalu tengok dia melukis, tapi tak pula saya terikut.

"Pernah cuba melukis, tapi tak secantik walid. Hanya sepupu saya seorang saja tangan berseni macam walid," ujarnya yang menetap berdekatan kediaman datuk dan neneknya di UK Bestari, Gombak, Selangor.

syura3

Antara lukisan yang diiklankan di Twitter.

mStar juga sempat menghubungi datuk Syura untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai karyanya yang sudah dihasilkan sejak sekian lama.

Menurut Syed Hashim, dia sebelum ini pernah berkhidmat dalam bidang media sebagai wartawan dan menjadikan aktiviti melukis sebagai hobi sejak zaman sekolah lagi.

"Saya dah melukis sejak zaman sekolah lagi. Semua lukisan yang terjual sudah dihasilkan sejak bertahun lalu. Saya biasanya akan lukis dan simpan.

"Tapi sebelum ini ada juga personal collector yang beli. Kalau dulu saya juga ada hasilkan potret, tapi sekarang banyak buat lukisan pemandangan sahaja.

syura4

Warga emas berusia 82 tahun ini sudah melukis sejak zaman sekolah lagi.

"Hobi ini tak menentu. Kadang-kadang sehari saya hasilkan satu lukisan. Ada lain hari saya hasilkan sehingga tiga keping lukisan.

"Kebanyakan inspirasi lukisan diambil daripada kampung saya di Terengganu. Dulu saya suka berjalan-jalan, masuk keluar kampung," ujarnya yang pernah berkhidmat dengan akhbar Utusan suatu masa lalu.

Menurut warga emas yang memiliki 17 cucu itu, dia juga sedang menambah koleksi lukisan dari semasa ke semasa dan ia akan dihebahkan kepada umum untuk jualan menerusi laman Instagram yang baru dibuka oleh cucunya. Mstar




Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung