Nuffnang

Wednesday, November 3, 2021

Tudiaa Aihh !! Anak terkejut tengok perusahaan bapanya sekarang, tak menang tangan siapkan order, Projek buat labu sayong

 

Tinggalkan kerja buat labu sayong sebab nak cuba bidang lain! Anak terkejut tengok perusahaan bapanya sekarang, tak menang tangan siapkan order

Ramai yang bertanyakan harga dan cara untuk membeli tembikar Rofi selepas video hasil tembikarnya tular.

"YA Allah cantik dan murahnya!"

Itu komen rata-rata netizen yang menonton video tembikar labu sayong yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, Mohamad Zulfaiz Mohamad Rofi, 26 tahun.


Bercakap kepada mStar, Mohamad Zulfaiz atau mesra dipanggil Dzul berkata, kesemua labu sayong tersebut merupakan hasil kerja bapanya, Mohamad Rofi Mohamad Sibun, 57 tahun.

Menetap di Kuala Kangsar Perak, Dzul berkata, bapanya mula berkecimpung dalam seni penghasilan tembikar labu sayong berkonsep moden ini sejak tahun 1984 lagi.

“Ayah mula buat tembikar sejak tahun 1984 sampailah sekarang.

“Dia bermula sendiri, dia belajar dari Kraftangan Malaysia cawangan Perak,” katanya yang bekerja dalam bidang “mobilegraphy”.



Dzul di kedai milik bapanya.

Menurut Dzul, selain bapanya, ibu serta adik bongsunya juga turut terlibat dalam perniagaan tembikar labu sayong ini.

“Saya pernah belajar sedikit dari ayah selama dua tahun bekerja dengan dia, sepanjang tempoh itu saya lebih fokus di bahagian casting dan memproses tanah, cuma lepas tu saya nak cuba bidang lain.

“Ibu saya juga mahir dalam seni mencorakkan tembikar ini dan selain tu adik bongsu saya juga terlibat membantu perusahaan ini,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Menyangka bahawa pemintaan terhadap tembikar labu sayong ini tidak begitu memberangsangkan, dia bagaimanapun terkejut apabila melihat sambutan orang ramai setelah videonya tular.

“Saya pada mulanya sangkakan permintaan bagi tembikar ini kurang tapi setelah video yang saya upload dekat Instagram dengan TikTok tular, saya terkejut tengok sambutan yang tinggi dan ramai tanya bagaimana untuk beli,” katanya.



Antara produk yang dihasilkan Rofi.

Selain pembelian secara borong, Dzul berkata, orang ramai yang ingin membeli hasil kerja bapanya boleh datang ke kedai mereka iaitu Labu Sayong Rofi di Taman Kelisa, Kuala Kangsar.

Menurut Dzul, bapanya sentiasa cuba untuk mencari idea-idea baharu untuk mengikut kehendak pasaran.

“Kami sering hasilkan sesuatu produk yang mempunyai reka bentuk atau corak yang baru cuma bila produk tu dapat sambutan akan ada pengusaha yang akan buat seakan-akan apa yang kita buat,” katanya mengenai saingan dalam bidang itu.



Rofi menuntut ilmu di Kraftangan Perak dan mula membuat tembikar sejak tahun 1984.

Selain itu, cabaran lain yang terpaksa dihadapi mereka termasuklah kesukaran bagi mengekalkan tenaga kerja yang profesional dalam bidang ini.

“Ramai pewaris yang kurang berminat untuk menyambung legasi.

“Susah nak kekalkan tenaga kerja yang profesional sebab mereka cenderung untuk cari peluang atau pengalaman kerja yang baru,” katanya, sambil menambah mereka kini mempunyai tiga pekerja.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung