Nuffnang

Friday, December 17, 2021

Perghh !!! Springsteen jual katalog muzik lebih RM2 bilion


SPRINGSTEEN mengadakan persembahan di Bandar Raya New York pada 8 November lalu. - AFP
Share on telegram

WASHINGTON  – Bruce Springsteen menjual hak muziknya kepada Sony dalam urus niaga dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM2.1 bilion),  lapor penerbitan hiburan Amerika Syarikat, Billboard dan akhbar New York Times semalam.

Jualan itu termasuk katalog rakaman muzik penyanyi berkenaan selain hasil kerjanya sebagai penulis lagu termasuk lagu popular seperti Born in the U.S.A., demikian menurut sumber yang arif tentang penjualan tersebut.

Tiada pengumuman terbuka dibuat. Seorang jurucakap Sony Group enggan mengulas lanjut, manakala Sony Music pula tidak memberikan jawapan kepada permintaan agensi berita AFP supaya memberikan butiran tentang berita tersebut.

Ads by Kiosked

Springsteen merupakan bintang terbaharu yang dilaporkan menjual katalog muziknya selepas perkara serupa dilakukan oleh  Bob Dylan, Stevie Nicks dan Neil Young.

Pada tahun lalu, Dylan menjual katalog penuhnya pada harga AS$300 juta (RM1.2 bilion) kepada Universal Music Publishing Group, manakala Nicks menjual pegangan majoriti dalam katalognya sekitar AS$100 juta (RM420 juta).

Springsteen, 72, mengikat kontrak bersama Columbia Records milik Sony sepanjang kerjayanya. Dia menjual lebih 150 juta unit piring hitam. – AFP 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung