Gempar! Salman Khan dipatuk ular, rakan panik menjerit minta tolong nampak reptilia bahaya
MENJELANG hari ulang tahun kelahiran yang ke-56 pada Isnin, aktor terkenal Bollywood Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Mumbai selepas dipatuk ular.
Insiden itu berlaku ketika pelakon berkenaan sedang duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di rumah ladangnya di Panvel.
Bagaimanapun peminat Salman tidak perlu bimbang kerana pelakon itu kini berada dalam keadaan baik apabila difahamkan dia dipatuk ular yang tidak berbisa.
Selepas enam jam menerima rawatan di hospital, Salman dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumah ladangnya itu.
Sumber yang rapat dengan pelakon itu mendedahkan kepada IndiaToday.in bahawa Salman merancang untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya secara sederhana.
Itulah sebabnya Salman turut menjemput beberapa rakan dan ahli keluarga terdekat ke rumah ladang itu.
"Kejadian berlaku pada malam Sabtu ketika dia sedang duduk dan berborak dengan rakan-rakannya. Dia kemudian merasakan lengannya disentuh secara tiba-tiba dan terus menyentaknya.
"Ketika itulah rakannya ternampak ular itu dan mereka segera panik dan menjerit meminta tolong," kata sumber itu.