Nuffnang

Tuesday, August 16, 2022

Tudia !!! Penyamun ‘bijak’ diberkas akibat tayang duit di TikTok

 

Suspek memuat naik video di TikTok yang menunjukkan wang tunai kononnya hasil kerja kerasnya. – TikTok @Joker764
Share on telegram

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki  disyaki terbabit dalam jenayah samun selepas suspek memuat naik video di laman  TikTok memaparkan dia menayangkan wang tunai yang banyak, lapor laman berita Thaiger semalam.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan video tersebut, suspek berusia 29 tahun dari wilayah Chon Buri itu memegang wang yang banyak dan mendakwa, duit itu adalah hasil kerja kerasnya.

Menurutnya, wang itu diperoleh kerana dia rajin bangun pagi untuk pergi bekerja.

Bagaimanapun, berdasarkan paparan video itu, polis mengenal pasti lelaki berkenaan sebagai suspek kes samun.

Selepas menggeledah rumahnya, polis menemui cek bernilai 32 juta baht (RM4 juta) dan wang tunai berjumlah 220,000 baht (RM27,597).

Lelaki itu kemudian  didakwa terlibat dalam kes rompakan sebuah perniagaan tempatan, Kiattithayakorn Metal Co. dalam kejadian pada 11 Ogos lalu.

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan, suspek dilihat memakai pakaian yang sama seperti dalam video TikTok tersebut ketika merompak premis berkenaan.

Dia kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan menyamun, selepas mendedahkan dirinya sendiri menerusi video di TikTok. – Agensi 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung