Neelofa tunjuk telatah Bilal, comel siap pakai mask… TokTi kata ‘betullah gebu macam Afwa’
PEMINAT nampaknya semakin tak sabar untuk melihat wajah penuh anak kepada pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal.
Meskipun pasangan ini sudah semakin terbuka berkongsi telatah Bilal di media sosial, namun mereka masih memilih untuk tidak mendedahkan wajah penuh anak mereka.
Terbaharu, anak selebriti berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas Neelofa memuat naik sebuah video memaparkan wajah Bilal yang ditutup dengan pelitup muka dan diletakkan emoji cermin mata hitam berserta emoji donut.
Neelofa kerap kongsi telatah Bilal di media sosial.
"Akan menanggalkan topeng saya untuk donat," tulisnya Neelofa di ruangan kapsyen.
Video pendek Bilal itu dikongsikan di Instagram Neelofa pada Ahad.
Biarpun masih menyembunyikan wajah di sebalik pelitup muka, namun ramai meluahkan rasa ‘geram’ melihat tubuh Bilal yang gebu dan bersemangat itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ‘belanja’ gambar sisi Bilal! Peminat rayu cepat-cepat tunjuk muka penuh, bimbang kempunan sebelum ajal sampai
ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna TikTok dedah wajah Muhammad Bilal, Neelofa sempat komen puji comel
Sehubungan dari perkongsian itu, ruang komen dipenuhi komen dari rakan-rakan artis dan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza yang turut teruja akan susuk tubuh bilal.
"Alolo... Betul Lofa cakap gebu-gebu macam Afwa ya," tulis Datuk Siti Nurhaliza.
Selain itu, rata-rata warganet meluahkan rasa geram selain ternanti-nanti akan pendedahan wajah anak pasangan selebriti berkenaan.
"Lofa buat hal! Tak lama dah ni nak tunjuk muka.
Neelofa beri bayangan wajah Bilal dari belakang.
"Jangan main-mainkan kami Lofa, geram nak tengok muka Bilal.
"Kalau nak tunjuk muka Bilal beritahu, kami nak ambil cuti," kata netizen.
Terdahulu, Neelofa dan suami memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kerana ingin melindungi anaknya daripada penyakit Ain.Mstar
No comments:
Post a Comment