Nuffnang

Sunday, September 18, 2022

Perghh !!! Rumah jagaan warga emas minta maaf upah penari bogel hiburkan penghuni

 

Tangkap layar video yang menunjukkan beberapa penari bogel wanita melayan 12 penghuni warga emas yang berkerusi roda. - NDTV
Share on telegram

TAIPEI – Sebuah rumah jagaan warga  tua di Taiwan mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi berhubung  insiden menjemput penari bogel untuk membuat persembahan kepada pesakit warga emas, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Sebuah klip video yang merakam kejadian tersebut tular di media sosial dengan netizen mengecam tindakan rumah jagaan Taoyuan Veteran Homes sebagai tidak bermoral.

Beberapa penari bogel wanita dipercayai diupah untuk melayan 12 pesakit berkerusi roda selepas perayaan menuai ketika pertengahan musim luruh telah dibatalkan selama dua tahun berturut-turut kerana wabak Covid-19.

“Niat acara itu adalah untuk menghiburkan penghuni rumah jagaan dan menggembirakan mereka. 

“Kami amat kesal kerana menimbulkan kontroversi dan perasaan kurang elok dalam kalangan penonton yang melihat rakaman video tersebut,” demikian menurut kenyataan itu. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung