Nuffnang

Wednesday, October 19, 2022

Alhamdulillah..Allah Hu Akhbar.. Belum Ajal Sampai..Nelayan Di Jumpai Terapung Di Lautan Gelap.

 

Laungan kalimah Allah tengah lautan, syukur jumpa nelayan kesejukan atas perahu karam... “Tak terbayang dia bertahan untuk hidup”

Nelayan itu ditemui sedang duduk di atas perahu yang terbalik dan hampir karam.

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Begitulah kisahnya mengenai seorang nelayan yang tersadai di tengah lautan apabila perahu miliknya terbalik dan hampir karam.

Lebih menakutkan, dia bersendirian di atas bot itu pada waktu malam dan hanya mampu berdoa agar berlakunya keajaiban dan ditemukan segera.

Dalam satu video tular yang dikongsi, nelayan itu berjaya dijumpai oleh beberapa nelayan yang menaiki sebuah bot dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).

Kedengaran suara lelaki yang terlibat dalam misi pencarian itu tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepada Allah selepas berjaya mengesan mangsa.

"Ya Allah,... Alhamdulillah! Ya Allah, Alhamdulillah... selamat Ya Allah Ya Tuhan.

nelaan2

Mangsa kesejukan selepas dibawa naik ke atas bot penyelamat.

"Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Alhamdulillah Ya Allah. Allahuakhbar," ujar lelaki itu sambil bot dinaikinya bergerak perlahan menuju ke arah mangsa.

Beberapa lelaki dilihat menarik tali dalam usaha untuk menunda perahu mangsa yang terbalik namun masih terapung di lautan.

Mangsa juga akhirnya berjaya diselamatkan apabila dia dipindahkan ke atas bot penyelamat.

Ini waktu proses pencariannya, sangat gelap dan sangat dingin sekali.

RISKI ANANDA

Sejurus dipindahkan, dia turut diberi pakaian tebal kerana kesejukan.

Video yang dikongsi oleh pemilik TikTok Riski Ananda itu meraih lebih 6.7 juta tontonan.

"Sungguh tak terbayang. Seorang diri terumbang-ambing di tengah lautan yang gelap gelita," tulis pemilik video itu.


Berdasarkan kapsyen, kejadian dipercayai berlaku di kawasan Mukomuko, wilayah Bengkulu, Sumatera, Indonesia.

Dalam satu video berasingan, Riski Ananda menjelaskan operasi itu dilakukan dalam suasana yang cukup mencabar.

"Suasana tengah malam di tengah laut. Pukul 1.32 (pagi).

nelayan3

Keadaan gelap serta cuaca yang sejuk menjadi cabaran utama pencarian itu.

"Ini waktu proses pencariannya, sangat gelap dan sangat dingin sekali. Tak terbayang perjuangan dia untuk bertahan hidup," jelasnya.

Dia turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #PejuangRupiah dan #PencariNafkahBuatKeluarga menerusi kapsyen.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung