Aset diisytihar Syed Saddiq berjumlah RM1.9 juta selepas sepenggal jadi MP
Selepas sepenggal menjadi Ahli Parlimen (MP), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytihar aset keseluruhannya bernilai RM1.9 juta.
Menurut MP Muar yang juga Presiden MUDA itu, aset tersebut diperolehnya sebelum dan selepas menyertai politik serta sepanjang menjadi Menteri semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat pada 2018.
Pengisytiharan harta setakat 30 Sept lalu itu dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.
Syed Saddiq berkata, jumlah itu termasuk wang tunai dimilikinya berjumlah lebih RM45,000 serta pelaburan lain bernilai RM1.2 juta.
Selain itu beliau turut memiliki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX bernilai RM8,500 selain membiayai kenderaan milik abangnya jenis Honda City sebanyak RM757 sebulan serta sebuah basikal terpakai jenis Pinarello berharga RM8,000.
Selain itu, aset lain diisytiharkan termasuk sebuah unit kondominium di Kuala Lumpur bernilai RM880,000 dan masih dalam pembinaan serta memiliki pegangan 50% rumah keluarga di Elmina, Shah Alam, Selangor.
Beliau turut memiliki dua ekor kucing yang tidak ternilai bernama ‘Toby dan Meow Meow’ selain memaklumkan dirinya tidak memiliki aset, akaun bank di luar negara, tiada sebarang tanah serta baju dan jam mahal.
“Di sini saya nak terangkan juga ini (isytihar) sangat penting untuk ketelusan kena terangkan bagaimana aset itu terkumpul adakah ia sumber sah atau sumber haram.
“Saya juga berharap bahawa khususnya bekas-bekas menteri turut isytihar aset kerana ini penting kerana rakyat nak lihat jumlah gaji tertentu sebelum masuk politik, awal masuk politik dan selepas menjadi menteri lima tahun, 10 tahun sama ada tiba-tiba ada aset berjumlah RM50 juta, RM100 juta termasuk aset di luar negara,” katanya menurut laporan media.
Untuk rekod, Syed Saddiq sedang berdepan kes mahkamah dan sudah diarah membela diri atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.
10 comments:
Pas n bn n pn bila nak istihar harta
Tak kira brp harta anda. Jika ikut undang2 tak sakau. Tak takut istihar harta
Tak heran la klu ada ex PM duduk kajang jel tu ada duit sampai 100 billion..
Sekurang kurangnya dia TELUS!!! Yang tak mahu dan tak berani declare tu ada sesuatu nak SOROK!
Tak heran lah. Satu buah rumah teres 2 tingkat pun ada yang mencapai harga RM1 juta. So be objective.
Ada kes prima facie rasuah sepatutnya tak payah bertanding. Buat malu ph jer.
Tak bekerja ada rm18juta.
Tipu rakyat buat kutipan rm300k takut diisytihar bangkrap oleh mahkamah.
Drama lebih.
Lepas nie ada keluar 40k bangla mengundi dalam drama terbaru mrk.
Mat Rm1.50 Seliter dah meroyan tabur fitnah kata tentera dirasuah rm300.
Rmh banglo rm8juta...perghhh
Dulu atok sakau sehingga kaya raya anak beranak. Tapi bingai diangkat sebagai pm. Otai masih berbisa konon. Jilat dan angkat bagai.
Bila kena kencing...meroyan kena sakau oleh atok. Bodoh piang punya mahacai.
Yg sakau terowong ghaib masih diangkat sebagai pemimpin pujaan. Bodoh punya drama mahacai phanceng.
Takper...asal tak serik kena kencing tetap teguh di celah kangkang phanceng.
Rm30 henggetttt
Mansuh AES jadi AWAS
Mansuh tol jadi toLOL
Jarah wang negara
Lelong aset negara
Lelong aset org Islam
Hapus ptptn jadi tongong
Tender terbuka jadi tender tertutup
Nak tulis lagi...tak larat. Bau kencing sangat phancenggg
Wow... Rm100b
Bawa dan sebarlah fitnah tu sampai ke liang lahad....
Ph...22 bulan. Nasib bukan 22tahun....
Perasuah, perogol, kaki sakau dilepaskan oleh peguam negara ph.
Banduan liwat dilepaskan tak ikut sop-ikut suka gugat sistem kehakiman
Ahli parti ph jadi pengarah sprm-sombong, berat sebelah bongkak dan tongong
Projek mega utk rakyat dibatal...kroni ambil alih
Projek kereta terbang melayang jauh
Nilai ringgit menurun mendadak
Hutang negara meningkat mendadak
Rm6billion nilai projek runding terus. Konon telus
Pelabur takut melabur krn hilang keyakinan
50k kakitangan awam diberhentikan
Pengangguran paling tinggi mendadak
Agama Islam terancam
Sistem kehakiman terancam
Menteri tipu sijil
Menteri kewangan paling bodoh dlm sejarah negara
Pulau batu putih hilang...
Bukan kitab suci...selamba jer rakyat kena phancenggggg!!!!
Post a Comment