Nuffnang

Tuesday, November 1, 2022

Tudia Politik UMNO !!! ‘Bilik gerakan BN Arau ditutup’ – Shahidan Kassim

 

Hantaran yang dimuat naik Shahidan sebentar tadi


PETALING JAYA – Satu hantaran yang telah dimuat naik oleh penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebentar tadi seperti memberi bayangan namanya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu, semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

ADVERTISEMENT
Ads by

Ads by Kiosked

“Kali pertama dalam sejarah,” tulisnya di Facebook rasminya sebentar tadi.

Terdahulu, desas desus tiga tiga pimpinan UMNO antaranya, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Zahidi Zainul Abidin termasuk Shahidan sendiri bakal tidak dicalonkan dalam PRU kali ini.

Keadaan itu didakwa berlaku apabila ketiga-tiga pemimpin ini antara pemimpin UMNO yang paling lantang bersuara menentang Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selama ini. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung