Nuffnang

Friday, November 4, 2022

[VIDEO] Imran Khan cedera ditembak ketika ketuai perarakan politik

 

Imran memberi ucapan kepada para penyokongnya semasa perarakan menuju ke Islamabad di Gujranwala, 1 November lalu. – AFP

[VIDEO] Imran Khan cedera ditembak ketika ketuai perarakan politik

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan cedera ditembak pada bahagian kaki hari ini ketika menyertai satu perarakan politik, dan beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata seorang pembantu kanan.

Imran, 70, cedera apabila tembakan dilepaskan daripada kumpulan orang ramai berhampiran bandar Gujranwala, kata pembantu kanannya, Raoof Hasan.

“Ini merupakan percubaan untuk membunuh beliau,” kata Raoof sambil menambah, penyerang pertama telah ditembak mati manakala penyerang kedua ditahan polis.

Imran mengetuai perarakan sejak Jumaat lalu dari bandar Lahore ke arah ibu negara Pakistan, Islamabad bagi menggesa pilihan raya diadakan segera selepas beliau disingkirkan dari pejabatnya sebelum ini.

Setiap hari dalam apa yang digelar sebagai ‘perarakan yang panjang’, Imran memberikan ucapan kepada ribuan orang ramai dengan berdiri di atas kontena yang ditunda oleh lori di tempat-tempat terbuka di bandar-bandar dan pekan-pekan di sepanjang perjalanan.

Presiden Pakistan, Arif Alvi menerusi ciapan di Twitter berkata, insiden itu merupakan satu cubaan membunuh.

“Syukur kepada Allah kerana beliau selamat namun cedera akibat terkena peluru pada kakinya. Diharapkan keadaannya tidak kritikal,” kata Arif. – AFP



No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung