Nuffnang

Tuesday, December 20, 2022

Jiran saksi 3 beradik kena renjatan elektrik, ibu dedah sebelum kejadian seorang anaknya ada bercakap tentang mati

 

Jiran saksi 3 beradik kena renjatan elektrik, ibu dedah sebelum kejadian seorang anaknya ada bercakap tentang mati

Kematian tiga beradik itu bukan sahaja diratapi ahli keluarga, malah turut mengundang sebak netizen.

TATKALA banjir di Kelantan masih belum reda, seluruh rakyat Malaysia bagaikan berduka apabila menerima perkhabaran tentang kematian tiga beradik pada Isnin.

-ADVERTISEMENT-

Dalam kejadian di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan pada Isnin, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, maut dipercayai terkena renjatan elektrik.

Memetik laporan Harian Metro, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata ketiga-tiga mangsa belum berkahwin dan mempunyai hubungan erat antara satu sama lain.

Pada pagi sebelum kejadian berlaku, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang bekerja sebagai guru tadika agama sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.

"Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa saja.


"Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik," katanya.

Dalam pada itu, saksi, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, yang juga jiran mereka berkata, tiga beradik itu sedang berjalan ke arah tali air sebelum kejadian malang tersebut berlaku.

"Nor Syazwani pegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.

"Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.

"Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur," katanya.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung