WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) ditemui mati di halaman belakang rumahnya beberapa minggu selepas bertemu dengan seorang lelaki menerusi platform temu janji online, lapor akbar Daily Star semalam.
Wendy Duan, yang merupakan seorang guru sekolah rendah dari Texas maut ditembak hanya seminggu selepas bertemu lelaki tersebut.
Polis memaklumkan bahawa mangsa telah dibunuh dalam satu jenayah keganasan dan mereka mengesan suspek lelaki tersebut setelah dia dikenal pasti.
Suspek, Charves Thompson, kemudian ditahan pada Rabu lalu di negeri Louisiana.
Thompson ditemui sejauh lebih 418 kilometer (km) dari lokasi di mana dia didakwa menembak mangsa beberapa kali minggu lalu.
Menurut Jabatan Polis Sugar Land, detektif dengan pantas mengenal pasti Thompson sebagai suspek selepas menemu bual saksi, menyemak video pengawasan dan mengesahkan kenderaannya daripada pembaca nombor pendaftaran kenderaan di kawasan itu.
Ibu mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, pasangan itu bertemu di aplikasi temu janji MeetMe. Mereka baru bertemu janji selama seminggu tetapi cara mereka bertemu membuatkan dia berasa ‘tidak selesa’.
“Lelaki itu sangat jahat. Dia mengambil nyawanya. Saya harap lelaki ini mendapat hukuman undang-undang sepenuhnya,” kata wanita itu. – Agnesi
No comments:
Post a Comment