Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Johari Ghani ‘mencabar’ kepimpinan partinya untuk mengumumkan tarikh pemilihan sebelum mana-mana ahli menawarkan diri untuk bertanding.
Menurutnya UMNO tidak mempunyai undang-undang yang menetapkan mana-mana hali yang ingin bertanding mesti memaklumkan terlebih dahulu, sedangkan tarikh pemilihan tidak diketahui.
“Beritahu lah tarikh (pemilihan) bila… kemudian kita (ahli) akan datang isi borang.
“Jawatan yang ada banyak… Presiden, timbalan, naib, selepas itu ahli Majlis Tertinggi.
“Buka borang, buka tarikh, jadi orang boleh buat keputusan,” katanya menerusi temu bual dalam program Malaysia Gazette, “Bukan reset UMNO tapi reset pemimpin” malam tadi (13 Januari 2023).
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, dan Ketua Penerangan, Isham Jalil, yang diajukan persoalan berkaitan.
Rabu lalu, Ahmad berkata Perhimpunan Agung 2022 yang akan berakhir esok tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan, kerana UMNO masih mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk berbuat demikian.
UMNO sebelum ini memohon kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas PRU-15. Segala pemilihan hendaklah selesai sebelum 19 Mei.
Manakala Isham mencadangkan ahli yang mahu bertanding lima jawatan tertinggi UMNO membuat pengumuman secara terbuka.
Mengulas lajut, Johari yang juga Ahli PArlimen Titiwangsa berkata parti kena tetapkan bila pertandingan diadakan untuk tahu siapa yang berminat.
“Kalau tarikh nak bertanding ni tidak ada, bagaimana kita nak buat keputusan?” katanya.
Ditanya adakah beliau akan bertanding pada pemilihan kali ini dan apa strateginya, Johari sekadar menjawab: “Letak tarikh dulu. Bila letak tarikh, kita cerita kemudian.”Agendadaily
No comments:
Post a Comment