JAKARTA – Media sosial dihebohkan dengan video seorang wanita menyanyikan lagu dangdut di hadapan sekumpulan pemuda dalam pengajian agama di Indonesia baru-baru ini, lapor portal berita INDOZONE semalam.
Berdasarkan klip video TikTok milik @gunawankaoi, wanita yang kelihatan memakai pakaian berwarna hitam itu juga berjoget di sebelah seorang ustaz dengan menyanyikan lagu Rungkad.
Bagaimanapun, ia tidak menyatakan dengan tepat di mana dan waktu acara tersebut diadakan. Maklumat yang diperoleh daripada video itu cuma menyebut bahawa rakaman itu dibuat semasa majlis pengajian agama sedang berlangsung.
Perbuatan nyanyian itu menyebabkan ramai netizen yang berasa hairan kerana majlis keagamaan tersebut disertai pula dengan persembahan nyanyian.
Pada kebiasaannya, majlis keagamaan disertai dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW tetapi situasi dalam video tersebut diadakan dalam suasana yang berbeza, lapor portal berita Tribun Medan. – Agensi
2 comments:
Kapir2 PENYAMAR Indonesia bwh. rejim Penyamar Jokowi - terus perguna BETINA2 porno penyanyi DANGDUT - utk. menJAHANAMkan Moral & Aqidah bangsa Saudara2 sePRIBUMI Islam/Melayu Indonesia kita! Tgk. BETINA Porno ni - CEROBOH Masjid utk. menyanyi & menari!
https://mykmu.net/2023/01/13/menyanyi-menari-tak-kena-tempat/
@ Twit - MelayuKeris32; Ttok - alammelayu32
Biasa la tu "jawa kejawen" aka jawa beugama islam capur hindu jawa yg mana percaya dgn Islam separuh dan dewata separuh.
Dan jawa jenis ini ada jugak yg lari ke Tanah Melayu semasa selepas berlaku pertelingkahan dengan jawa yg betul² Islam,
Datang sini mengaku raden la, ponorogo la dsb...
Tu semua kerabat amangkurap sedara parangkerapu, ... Allahyarham P Ramli dah beri ingatan dah secara sepintas lalu melalui filem²nya...
Hohoiyahoi...
Post a Comment