Nampaknya sudah menjadi amalan media arus perdana sekarang memetik sumber tak bernama untuk melaporkan berita.
NST sebelum ini melaporkan Tan Sri Muhyiddin akan dipanggil oleh SPRM dengan memetik sumber tak bernama. (https://www.nst.com.my/…/02/879800/macc-call-muhyiddin).
Kemudian, NST juga memetik sumber tak bernama kononnya TSMY dipanggil sebagai orang yang disyaki, bukan saksi. (https://www.nst.com.my/…/macc-muhyiddin-suspect-zafrul…).
Prosedur biasa bila dipanggil untuk disoal siasat, orang yang dipanggil akan tanya sama ada dia dipanggil sebagai saksi atau orang yang disyaki. Kalau saksi lain haknya. Kalau orang yang disyaki lain pula haknya dalam memberi keterangan. TSMY diberitahu dia saksi.
Bila ditanya wartawan, itulah yang diberitahu oleh TSMY. Dia saksi, bukan orang yang disyaki.
Sekarang, NST lapor dengan sekali lagi petik sumber tak bernama, TSMY adalah orang yang disyaki dan beri amaran TSMY tak sepatutnya dedahkan maklumat siasatan.
Eh, yang pertama sekali mendedahkan siasatan ini bukankah sumber tak bernama NST? Jadi, apabila ditanya wartawan, mestilah TSMY jawab kepada wartawan apa yang dia tahu dan apa yang dia diberitahu. Takkan dia nak bohong?
Entah betul entah tidak sumber tak bernama NST ni? Wallahua’lam. Nak semak pun tak boleh sebab tak ada nama.
Mungkin kerja petik sumber tak bernama ini amalan baru media arus perdana agaknya.
Saya cuba buat kajian amalan NST sebelum ini. Maka saya terjumpa berita NST dan BERNAMA (nama pun bernama) tahun 1999.
Pada ketika itu, UMNO mendedahkan senarai penerima saham khas yang diberikan oleh Kementerian Kewangan ketika PMX menjadi Menteri Kewangan.
Antara yang menerimanya ialah ahli keluarga PMX sendiri dan juga bekas Ketua Pemuda UMNO yang kini adalah Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet PMX.
Pada ketika itu NST tak sebut sumber tak bernama. Dia sebut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan secara rasmi.
Mungkin etika kewartawanan dah berubah agaknya.
Datuk Dr Marzuki Mohamad
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan.