Nuffnang

Monday, February 6, 2023

Selepas ke IJN, Anwar tetap kerja cuti umum

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi tahap kesihatannya dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi tahap kesihatannya dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Perkongsian itu dimuat naik beliau menerusi hantaran pada Facebook berserta gambar sedang bertugas hari ini, walaupun cuti umum Thaipusam.

“Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di IJN.

Ads by Kiosked

“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam gambar tersebut, turut kelihatan anak sulungnya Nurul Izzah yang sebelum ini dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Terdahulu media melaporkan, Anwar dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung