Nuffnang

Thursday, August 31, 2023

Suami maafkan isteri kerat kemaluan, rayu dibebaskan mahkamah

 


Perbicaraan seorang isteri memotong kemaluan suaminya berlangsung di sebuah mahkamah di Solo kelmarin. - Foto Dok Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki nekad mahu memperbaiki hubungan dengan isterinya dan meminta supaya wanita itu dibebaskan daripada hukuman walaupun kemaluannya dikerat tertuduh Mei lalu, lapor laman berita Detik.

Permintaan itu dibuat menerusi nota rayuan kepada sebuah mahkamah di Solo, Indonesia.

Tertuduh, Yenita Carolina kemudian meluahkan rasa syukur atas tindakan lelaki itu.

Ads by Kiosked

Menurut Yenita, dia ketika itu berasa marah dan tertekan kerana diceraikan mangsa selain perlu menanggung hutang mereka berdua.

“Ketika itu, saya masih berperang dengan emosi dan berasa marah. Dia (mangsa) pernah berjanji untuk menyelesaikan sebarang masalah bersama. Saya juga sudah banyak berkorban kepadanya,” katanya.

Yenita juga mengaku menyesal dengan perbuatannya dan meminta hukumannya diringankan.- Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung