PETALING JAYA – Kurang 24 jam tular, penghantar makanan yang pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan dibantu pempengaruh, Aisar Khaled.
Melalui beberapa hantaran di Facebook Aisar, pempengaruh itu telah membawa penghantar makanan terbabit ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut.
“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Walau apa pun. Rancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi kedai motosikal tersebut.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan Aisar yang bermurah hati membantu penghantar makanan berkenaan.
“Terus menjadi orang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan beri kesihatan yang baik murah rezeki selalu,” kata Ayip.
“Syukur Alhamdulilah ada orang prihatin.. Moga murah rezeki Aisar Khaledd,” kata Nur Adlina.
“Alhamdulillah ada yang bantu. Harap abang rider tak lupa ‘renew’ lesen juga,” kata Mohd Nizam.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang penghantar makanan terpaksa pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita JPJ.
Susulan itu, JPJ mengesahkan sitaan terhadap kenderaan milik penghantar makanan terbabit berikutan tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans. – KOSMO! ONLINE
2 comments:
Orang lain susah juga.
Tapi tak langgar undang-undang
Kalau nak kasihan pun, kena pada tempatnya aisar, ini tak.
Selalunya yang buat macam ni, sebab tak bayar saman lalu lintas, kumpul-kumpul dah "bukit" lepas tu nak renew roadtax tak boleh. Sebab kena jelaskan dulu saman-saman tertunggak tu dulu.
Itu sebab aku cakap ko, kasihan tak bertempat! ada Faham!
Post a Comment