JAKARTA – Seorang pemuda ditangkap polis Bangka Selatan di rumah suspek kerana disyaki menyebarkan video bekas kekasihnya dalam keadaan tanpa seurat benang menerusi aplikasi WhatsApp, lapor portal berita Serambi News hari ini.
Pemuda itu dikenali sebagai Riko Tampati alias Kidal, 30, dan berasal dari Kepulauan Bangka Belitung. Dia dilaporkan berbuat demikian selepas wanita berkenaan bertindak memutuskan hubungan cinta mereka.
Dia menyiarkan video tersebut dengan harapan bekas kekasihnya akan kembali menjalinkan hubungan.
Ketua Polis tempatan, Tiyan Talingga berkata, hasil siasatan mendapati suspek nekad menyebarkan video tersebut kerana rasa sakit hati hubungan mereka diputuskan oleh bekas kekasihnya.
Riko dituduh melanggar undang-undang maklumat dan transaksi elektronik kerana menyebarkan kandungan tidak sopan.
Tiyan berkata, dia boleh dihukum penjara maksimum enam tahun dan denda satu juta rupiah (RM300.63) jika didapati bersalah. – AGENSI
No comments:
Post a Comment