Nuffnang

Tuesday, January 26, 2010

Sepetang Di Kg Singkir Laut , Yan Kedah

Berlatar belakang Gunung Jerai

Sawah Padi Di Kaki Gunung Jerai


Perahu-Perahu Nelayan , Kg Singkir Laut

Salam sejahtera Buat Semua.

Pada sabtu Yang lalu 23/1/2010 Mas Aji pulang ke kampung Isteri di Kg Singkir Laut, Yan Kedah untuk menziarahi bapa mertua yang kurang sihat. Kampung Isteri Mas AJi terletak di kaki Gunung Jerai , Gunung yang paling tinggi di Utara Malaysia. Kalau tuan-puan hendak melihat panorama pemandangan di tepi Pantai dari tebing tinggi di Kg Singkir Laut, Yan , Kedah , kita harus melalui pekan Merbok terlebih dahulu untuk sampai di Kg Singkir Laut.

Pemandangan disini amat cantik apabila dilihat sebelah pagi dan apabila matahari terbenam (sunset). Hati tersentuh melihat keajaban Allah mencipta bukit bukau, gunung- ganang, serta dikaki gunung ada laut pula (subhanAllah ). Di tepi pantai pula sawah bendang menguning , tunggu masa sahaja untuk dituai. Itulah keajaiban Allah yang menyuburkan sawah padi walaupun ditepi laut.

Pekerjaan penduduk disini ialah menangkap ikan dan turun mengerjakan sawah padi. Mas Aji pernah turun kelaut bersama nelayan di Kg Singkir Laut. Penduduknya ramah mesra, sebab itulah Mas AJi , jatuh hati pada Isteri , hanya dengan pandang pertama.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

4 comments:

Anonymous said...

Teringt jg sy pd masa kecil dulu dlm lingkungn 12thn slalu bermain ditepi pantai singkir laut betsama kwn2 yg skrg entah dmana. Bersekolh dsk singkir. Teringt kwn2 sedarjh amir hasan, mat zaki, roshidah, norhashimah, fadzilah, azhar, maznah, balqis, dll. Miz singkir very much

Anonymous said...

Teringt jg sy pd masa kecil dulu dlm lingkungn 12thn slalu bermain ditepi pantai singkir laut betsama kwn2 yg skrg entah dmana. Bersekolh dsk singkir. Teringt kwn2 sedarjh amir hasan, mat zaki, roshidah, norhashimah, fadzilah, azhar, maznah, balqis, dll. Miz singkir very much

Anonymous said...

Ini kpg arwah tok saya.ayah saya membesar di sini.Memang kaw Merbok hingga ke Yan aman damai,tenang dan mempunyai pemandangan yg indah.Saya selalu ke rmh saudara mara di kpg ini .Kdg2 sanggup memandu makan angin setiap minggu ke sini semata2 ingin melepaskan tekanan kerja.

SALEH AHMAD said...

Anon ingat kawan2 saja ka tak ingat cikgu maasom,cikgu jamaliah,cikgu ahmad shabudin.sampai hati hampa

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung