Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang
KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar), di Dewan Negara di sini hari ini.Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih saying kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain.“Kita lihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.“Ibu, bapa, nenek, atuk semuanya kelihatan sibuk dan dah jadi masyarakat yang individualistik. Kita lahirkan anak lepas tu kita francaiskan pada masyarakat untuk mendidik dan beri kasih sayang,” katanya.Terdahulu menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu, Shahrizat berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral.“Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja,” katanya. — Bernama
Abu Luqman..Islam telah lama menegaskan bahawa jauhkanlah diri kamu dari zina dan seumpamanya, seperti berdua2an , berkhalwat dengan pasangan bukan mahram. Yang penting adalah didikan agama dari kedua ibu bapa.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
PAS, PKR bertembung di Labuan dan Sg Acheh PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan d...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Wow nampak memang sodap ye..tapi bukan puncanya obesiti KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid s...
-
Ibu Dari Google Bonda Artist: M Nasir Mengapa kanta ini masih berkaca Sedangku telah pun terima di dalam r...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Salam Buat Semua.. Hari ini dan semalam aku rasa kecewa..apabila aku.. pergi ke kedai minyak untuk mengisi minyak keretaku yang hampir habis...
-
Salam buat semua.. Pergh pening kepala dibuatnye.. exam dah dekat ni..buku ..baru mula nak baca...blog pun nak kena up date.macam mana nak b...
1 comment:
Good Day all, good website I have found It exceedingly useful & its helped me out a great deal
I hope to be able to contribute and assist other people like this chat board has helped me
_________________
[url=http://iphoneusers.com]jailbreak iphone 4.2.1[/url]
Post a Comment