ZAINUL mendukung bayi pertama yang dihasilkan oleh Pusat Infertiliti PPUKM menggunakan teknik sperma beku daripada organ reproduktif di Kuala Lumpur semalam.KUALA LUMPUR – Pusat Infertiliti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menjadi hospital kerajaan pertama menghasilkan bayi menggunakan teknik sperma beku daripada organ reproduktif. Ketua Pusat Infertiliti PPUKM, Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, pihaknya memantau perkembangan bayi tersebut selama setahun untuk menentukan kaedah itu tidak membawa kemudaratan kepada bayi tersebut. “Pada 12 Mei tahun lepas, sepasang suami isteri berketurunan Cina telah melalui proses ini dan berjaya memperoleh cahaya mata mereka sendiri walaupun bapa bayi tersebut tidak dapat menghasilkan benih atau sperma akibat kerosakan semula jadi sistem reproduktifnya sejak lahir lagi. “Selepas setahun, kita dapati jelas sekali, bayi tersebut merupakan bayi yang sangat sihat dan aktif serta menunjukkan pertumbuhan berkala seperti bayi normal yang lain,” katanya pada majlis sambutan hari jadi pertama bayi tersebut yang diraikan di tempat di mana dia ‘diwujudkan’. Mengulas mengenai teknik itu, Zainul berkata, dengan kos di antara RM10,000 hingga RM15,000, teknik perubatan moden terkini dilakukan dengan memisahkan spermatozoa secara mikroskopik daripada tisu reproduktif pesakit tersebut. sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Orang ramai dilihat menunaikan solat di luar masjid termasuk di halaman rumah penduduk sekitar dan jalan raya. – Istimewa JAKARTA – Sebu...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tuscany, Itali. Seekor ayam jantan bernama Gianni bertelur beberapa hari selepas semua ayam betina di reban tempat ia tinggal di sini dibah...
-
Mengazankan anak baru lahir melalui ‘video call’ kerana jauh bekerja - TRIBUNJABAR JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia ...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Lelaki itu pengsan selepas melihat satu lembaga besar ketika menunaikan solat berjemaah di masjid. - TIKTOK JAKARTA – Seorang jemaah lela...
-
Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang ... sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud: Apabila b...
5 comments:
org Islam bole ker?
halal ke untuk org islam..???
mahal tu O_O tp sy pn tertanya2 mcm org atas. blh ke utk islam eh? -.-
ntah..sama..leh ke tuk org islam..ape hukumnya lak...teknologi dh cggih sekarng nieh..asal ada duit semua boleh..kan?
Salam ..kalau orang Islam ,dari benih pasangan suami Isteri boleh. kalau bukan haram ye..apa yang saya belajar la
Post a Comment