ZAINUL mendukung bayi pertama yang dihasilkan oleh Pusat Infertiliti PPUKM menggunakan teknik sperma beku daripada organ reproduktif di Kuala Lumpur semalam.KUALA LUMPUR – Pusat Infertiliti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menjadi hospital kerajaan pertama menghasilkan bayi menggunakan teknik sperma beku daripada organ reproduktif. Ketua Pusat Infertiliti PPUKM, Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, pihaknya memantau perkembangan bayi tersebut selama setahun untuk menentukan kaedah itu tidak membawa kemudaratan kepada bayi tersebut. “Pada 12 Mei tahun lepas, sepasang suami isteri berketurunan Cina telah melalui proses ini dan berjaya memperoleh cahaya mata mereka sendiri walaupun bapa bayi tersebut tidak dapat menghasilkan benih atau sperma akibat kerosakan semula jadi sistem reproduktifnya sejak lahir lagi. “Selepas setahun, kita dapati jelas sekali, bayi tersebut merupakan bayi yang sangat sihat dan aktif serta menunjukkan pertumbuhan berkala seperti bayi normal yang lain,” katanya pada majlis sambutan hari jadi pertama bayi tersebut yang diraikan di tempat di mana dia ‘diwujudkan’. Mengulas mengenai teknik itu, Zainul berkata, dengan kos di antara RM10,000 hingga RM15,000, teknik perubatan moden terkini dilakukan dengan memisahkan spermatozoa secara mikroskopik daripada tisu reproduktif pesakit tersebut. sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Ibu Dari Google Bonda Artist: M Nasir Mengapa kanta ini masih berkaca Sedangku telah pun terima di dalam r...
-
Wow nampak memang sodap ye..tapi bukan puncanya obesiti KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid s...
-
Lihat Kakinya tiada, malah punggung pun tiada Gadis miskin ini menuruni tangga rumahnya Bermain papan longsor yang dibuat oleh bapanya..huhu...
-
Bayangkan ombat setinggi macam ni kat Pantai kita..Subhanallah Gambar umbak Tsunami yang menggulung pantai Natori salam buat semua.. semalam...
-
Kos sara hidup tertinggi di dunia Mengikut cerita Mohd Hafiz Bin Abdul Kadir , seorang rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Tokyo, me...

5 comments:
org Islam bole ker?
halal ke untuk org islam..???
mahal tu O_O tp sy pn tertanya2 mcm org atas. blh ke utk islam eh? -.-
ntah..sama..leh ke tuk org islam..ape hukumnya lak...teknologi dh cggih sekarng nieh..asal ada duit semua boleh..kan?
Salam ..kalau orang Islam ,dari benih pasangan suami Isteri boleh. kalau bukan haram ye..apa yang saya belajar la
Post a Comment