Nazman berkata, dia amat berharap pihak berwajib dapat menyegerakan pemasangan lampu di kawasan tersebut supaya orang lain tidak akan menjadi mangsa ragut yang seterusnya.
Ramli Musa, 50, pula berkata, bagi meningkatkan keselamatan di kawasan itu, ada penduduk yang memasang lampu jalan sendiri dengan meletakkan lampu di atas pokok-pokok berhampiran kediaman mereka untuk menerangi kawasan berkenaan namun masih tidak mencukupi.
“Selain itu, saya juga meminta kerjasama pihak berkuasa supaya membaiki pengadang jambatan yang kebanyakannya sudah hilang dan rosak. “Keadaan ini membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak pada waktu malam kerana lubang akibat pengadang yang hilang itu cukup membuatkan mereka jatuh ke parit kira-kira lima meter,” katanya.
Menurutnya, jambatan itu juga selalu menjadi tumpuan kanak-kanak bermain pada waktu petang.
“Saya tidak dapat bayangkan keadaannya jika mereka terjatuh ke bawah tambahan pula dengan bahaya sampah sarap seperti besi buruk dan perabot lama yang dibuang ke situ.
Nuffnang
Monday, May 10, 2010
Jambatan Jadi Lubuk Jenayah Ragut
KUANTAN – Penduduk di Taman Kampung Padang 3 di sini, memohon kerjasama pihak yang berkaitan untuk memasang lampu jalan di jambatan pintas yang menjadi laluan utama penduduk di situ untuk ke jalan utama.Salah seorang penduduk yang ditemui, Nazman Dain, 38, berkata, jambatan itu menjadi tumpuan penduduk untuk ke kedai pada waktu malam kerana perjalanan akan menjadi lebih jauh sekiranya menggunakan jalan taman perumahan yang biasa. Menurutnya, jambatan itu turut menjadi laluan pelajar sekolah dan pekerja pada waktu awal pagi untuk ke stesen bas berhampiran. “Jambatan itu kini sudah bertukar menjadi satu perangkap jenayah terutama pada waktu malam kerana keadaannya yang gelap. “Seingat saya, sudah dua kali kes ragut berlaku di situ terhadap penduduk yang dalam perjalanan ke kedai,” katanya. Katanya, masalah ketiadaan lampu jalan di situ tidak boleh dipandang mudah berikutan peningkatan kejadian jenayah sejak akhir-akhir ini. ”Sebenarnya ini bukanlah kali pertama rayuan kami kepada akhbar sebaliknya kami pernah membuat permohonan yang sama kira-kira tiga tahun lepas namun masih tidak berhasil. ”Saya risau dengan tahap keselamatan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak yang menggunakan jambatan tersebut kerana mereka terdedah dengan bahaya gangguan seksual dan juga kejadian ragut,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Mayat wanita peluk bayi tak bernyawa ditemui di tepi jalan. KULAI: Dua mayat membabitkan seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai ba...
-
GAMBAR hiasan KUALA LUMPUR: Laporan media semalam mengenai seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi dua bulan lalu, ...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...
-
MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 daripada Che Ta sehingga Jumaat lalu, manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelas...
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong, Brunei, telah menjadi tular. - Foto tular KUALA LUMPUR: Gambar seek...
-
Orang Ramai yang melihat dari jauh kereta yg di curi Penjenayah Polis mengangkat Mayat Jo Mafia dan rakanya
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
1 comment:
ini la yg org ckp, dkt mana2 pn dah xselamat.apatah lagi dkt rmh sendiri. jadi, sama2 la berhati2 :)
Post a Comment