
Assalamu'alaikum wrm.
1. Anak-anak yg dalam perjalanan ke sekolah, berfikir di tengah perjalanannya tentang subjek yg paling meluat yg akan dihadapinya pd hari ini. Tak ketinggalan, memikirkan guru yg paling tak popular di hatinya, yg akan datang menjenguk klasnya hari ini.
2. Orang yg bekerja di pejabat, lesu menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yg bertimbun-timbun, kerja yg terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yg tak pernah padam.
3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yg akan di 'transit' ke nursery, tak ketinggalan ko-korikulum yg memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yg semakin ' bersopan' mutakhir ini. Pening!
4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yg difikir - Nasi lemak, teh tarik, roti canai dan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yg terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yg bersedia untuk memutar otak-otak mereka. Quran? Lain tahun baca!
5. Ahli-ahli politik yg 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak kata apa hari ni di parlimen. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat.
6. Tiada fikir yg baik, kecuali untuk memertabatkan Islam dan kehebatannya.
Iklas dari Minda Muslim