Nuffnang

Sunday, July 25, 2010

Tidak Merokok Antara Petua Ketua Bilal Masjidil Haram Jaga Suara


Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah, Syeikh Ali Al-Muolla bergambar berlatar belakangkan Masjid Negeri semasa mengadakan kunjungan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di Shah Alam, hari ini. Beliau berada di Malaysia pada 20-25 Julai ini. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan.

Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU) Bahrudin A. Rahman berkata selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.

"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri," katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat MEDIU yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9 di sini hari ini.

Syeikh Ali, 54, juga berkata beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.

Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Bercerita mengenai tugasan bilal pada zaman dahulu dan sekarang, Syeikh Ali berkata sebelum zaman kemajuan teknologi yang mempunyai pembesar suara, bilal Masjidilharam akan mengazan berganti-ganti di enam menara masjid itu.

Sebab itulah, bilal pada zaman dahulu dipilih berdasarkan mereka yang mempunyai suara yang kuat," katanya sambil menambah pada ketika itu ada kira-kira 24 orang bilal berbanding kini 14 orang.

Mengenai perbezaan cara mengazan, Syeikh Ali berkata biasanya di Mekah bilal mengazan dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas manakala di Madinah bilal lebih gemar bermain dengan lenggok dan lagu ketika mengazan.

Sementara itu, MEDIU yang dibuka pada 2007 menawarkan pengajian secara maya dan mempunyai penuntut dari serata dunia merangkumi kursus peringkat Sarjana Muda dan Sarjana Muda Ilmu-ilmu Sains Islam, Bahasa Arab dan Teknologi Maklumat.

Pengerusi Majlis MEDIU ialah Putera Dr Bandar Salman Muhammad Al Saud yang juga merupakan Penasihat kepada dua Masjid Suci itu.

Anggota Majlis universiti itu terdiri daripada Imam dan Jurucakap Masjid Nabawi Dr Abdul Bari Awwadh Al Thubaiti dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Dr Zulkifli A. Hassan. - BERNAMA

11 comments:

Penulis Rindu said...

salam buat semua..A loqman..lama dah berhenti merokok anda macam mana ye

Abu Aiman said...

tak merokok, tak suka marah isteri, tapi suara tak sedap jugak. Sebab suka minum air sejuk kot....

Pencacai Alim said...

owh..gitu petuanye...baru tahu...

mira_nas said...

hoho.. point tak marah isteri..memang menarik!!
Post terbaru: Tidur pun jadi Masalah!

Kiko Berdendang said...

Suara saya memang kurang enak..tak merokok pon..huhu...syukur ada suara..

Nur Fannun said...

mmg bw byk keburukan dr kebaikan..99% keburukan 1% kebaikan..

Unknown said...

kalau nak suare sedap
rajin2 la mengaji..
ni petua dari opah saye..
sebab tu suare saya sedap..
lalala..(aku tgh riak ni)

faizalnizam said...

sudah hampir berjaya berhenti :)

Penulis Rindu said...

merokok akan membuatkan kita sakit kerengkong..dan suara jadi serak

Penulis Rindu said...

ada sahabat petua..minum air sejuk banyak banyak ye

KentangPanas said...

lepas2 kapten baca enry ni, trus kapten bukak utube search video Syeikh Ali Al-Muolla ni... memang sedap dengar dia azan.. lunakkk je... MasyaAllah..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung