Nuffnang

Thursday, August 19, 2010

Bolehkah Kita Berbasikal seperti Di Kota London


London ikut jejak Amsterdam

MENGAYUH basikal di London kini akan lebih selesa, walaupun pada hakikatnya ia mungkin akan menjadi satu pengalaman yang agak menakutkan. Warga London dikatakan bakal melupakan dua kenderaan awam terkenal di kota itu iaitu teksi berwarna hitam dan bas dua tingkat apabila program sewa basikal yang dilancarkan oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson baru-baru ini membolehkan tambahan 6,000 buah basikal disediakan oleh pihak berkuasa.

Melalui inisiatif itu, penunggang dapat menyewa basikal di 400 lokasi terpilih di sekitar bandar raya berkenaan. Johnson memanggilnya sebagai sinar baru untuk berbasikal di ibu kota. Bagaimanapun, sesetengah penunggang basikal veteran melihat kempen tersebut sebagai satu inisiatif yang akan menyebabkan London lebih kacau-bilau.

Tidak seperti di Amsterdam, jalan berbasikal dengan kenderaan lain dipisahkan dalam satu lorong berbeza, sebaliknya pengayuh basikal di London mungkin menyabung nyawa apabila mereka hanya dipisahkan dengan garisan putih daripada ribuan kereta di jalan raya.

Tahap keselamatan

Bagaimanapun Jawatankuasa Kempen Berbasikal di London menolak dakwaan mengayuh basikal di London sebagai berbahaya. Ia mungkin menjadi tabiat kebanyakan orang termasuk penunggang basikal. Apabila brek basikal semakin haus, mereka berfikir untuk menyelesaikannya kemudian. Bagaimanapun, apabila basikal yang dikayuh merempuh belakang teksi hitam di persimpangan Gray's Inn Road dan Calthorpe Street, mereka terfikir alangkah baiknya kalau brek itu dibaiki sebelum itu.

Laluan tidak sesak

Menyokong kempen tersebut, Johnson mendakwa kebanyakan pelancong tidak mengetahui bahawa London mempunyai rangkaian terusan yang melalui bahagian tengah dan timur bandar tersebut. Oleh itu, ia boleh menjadi laluan alternatif kepada penunggang basikal.

Sebelum ini lorong-lorong itu amat berguna kepada pejalan kaki atau kereta kuda, bagaimanapun penunggang diberi amaran bahawa tidak mudah untuk mengayuh basikal di laluan blok konkrit.

Berbasikal lebih baik

Tidak kira sama ada anda tinggal di London untuk tempoh yang lama atau sebagai pelancong, menggunakan basikal untuk aktiviti harian akan memberi kebaikan dari segi ekonomi.

Ini kerana kemudahan di London amat mahal. Misalnya caj sehala yang dikenakan dari Convent Garden ke Hyde Park dengan kenderaan awam lain mencecah AS$6.25 (RM19). Jika pun anda sudah membeli sistem kad diskaun, harga mingguan yang dikenakan berjumlah AS$40 (RM126).

Namun, dengan caj AS$7.85 (RM25) bagi tujuh hari penyewaan atau AS$80 (RM253) untuk keahlian selama setahun nampaknya mengayuh basikal di London lebih menguntungkan. Apatah lagi anda tidak perlu bersesak dengan orang ramai untuk menggunakan kereta api bawah tanah. KOSMO.

Kesimpulan ..

Apa yang dicatat di atas memaparkan kehidupan seharian di kota London mahupun Amsterdam ,sebuah negara yang telah maju boleh melaksanakannya Negara Jepun Dan China.juta telah lama mempraktikannya...mengapa kita tidak lakukan di negara kita sendiri ..banyak penjimatan yang boleh di kecapi bersama ..antaranya :

  1. Jimat Wang untuk Beli Minyak
  2. Jimat wang untuk beli kereta
  3. Pengurangan racun karbon dioksida
  4. Mengurangkan kesesakan jalan raya
  5. Menjimatkan masa... dan banyak lagi..

7 comments:

Penulis Rindu said...

salam buat semua ..berbasikal memang seronok

Hazzy Ishak said...

negara dorang sejuk. kalau kat malaysia, berpeluh2 ketiak nak kayuh basikal

Penulis Rindu said...

betui gang...kita pakai..Kenderaan awam la

Unknown said...

dolu2 ske nek basikal jep g skolah.. tp skang klu nek basikal kt PJ neh asenya lbh bahaya dr nk jimat.. huhu

Unknown said...

tak reti bawak beskal lah huhu :P

Cik Cinta said...

malaysia ni banyak amik yang buruk dari yang baik.. contohnye negara luar bile laluan tu die tengok ade zebra crossing die akan berhenti beri laluan pada mereka yang nak lintas. Kita kat malaysia ni pula,tertunggu-tunggu bile kereta tu nak benti baru kita lintas.

dee said...

Di ireland pon, kami kerap berbasikal..memudahkan..:)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung