Nuffnang

Friday, August 13, 2010

Sampai Hati , Guna alkohol dalam sajian masakan

( Gambar Hiasan )

PUTRAJAYA – Sebuah hotel bertaraf lima bintang di sini yang dipercayai menggunakan bahan memasak mengandungi alkohol telah dinasihatkan supaya menghentikan penggunaan bahan itu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah, hotel itu tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim sebelum ini.

“Mereka memang tidak pernah mohon sijil halal dengan Jakim, tetapi mereka ada sediakan bufet Ramadan. Jadi, kami bimbang jika bahan memasak mengandungi alkohol itu digunakan untuk menyediakan bufet tersebut,” katanya.

Semalam, hasil pemeriksaan Jakim menemui satu botol sos dan kicap yang tertulis mengandungi alkohol dalam peti sebuah dapur hotel berkenaan.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh Jakim di hotel-hotel yang menyediakan hidangan bufet sempena Ramadan untuk meninjau sama ada hotel-hotel itu mematuhi garis panduan halal yang ditetapkan Jakim.

Difahamkan, hotel berkenaan turut menyediakan makanan barat dan Cina untuk tetamu dan pelanggan.

“Kami memohon kerjasama daripada pihak hotel supaya memberi komitmen untuk kami memberi tunjuk ajar mengenai hidangan halal untuk orang Muslim,” katanya.

Sementara itu di Ipoh, sebuah restoran stim bot terkenal di bandar raya itu diserbu penguat kuasa kerana disyaki menganjurkan bufet Ramadan tanpa sijil pengesahan halal sah. Kosmo

13 comments:

Penulis Rindu said...

itulah kalau makan kat hotel ...masakan dia mcm tulah..was was..kalau dalam Islam Was was..tak yah pi makan ye

ASSOYFINGER67 said...

Salam......bila difikir rase buntu kerana undang2 seakan amat longgar terhadap perkara sebegini..tapi sebenarnya kalau kite kuatkan semangat dan cintakan Islam..kita rela berjalan jauh mencari yang halal dari menjamu yang was22 di depan mata!Apapun teruskan info tentang perkara ini!

Unknown said...

susahla orang sekarang..hanya tau mau untung je...better masak di rumah kan..terjamin kualiti kebersihan...

mira_nas said...

masak sendiri jer lah senang..

Nur Qistina said...

makan kat rumah je la..
masak nasi putih + telur dadar..
jadi la...

Penulis Rindu said...

4 all
Assoy Tq your comen

Nabilah : Makacih ye...dirumah beter

Amira : Betul i wife masak je

Nur Qastina : makan kat rumah syok tengok budak budak punya hal...

Gen Fujita said...

Bila pihak authority ada maklumat, depa pulak tak cukup kuasa nak ambik tindakan. Setakat bagi amaran ingat hotel tamak nak untung besar diorang peduli ke? Sekurang-kurangnya dedahkan saja nama hotel tu, lantak pi la depa. Apa pun berbalik kepada kesedaran diri sendiri, nak harapkan semua kat depa pun tak boleh jugak.

www.dunialandax.com said...

aduh~hampeh betul~~orang nak berbuka,dia bagi makanan haram~emm

Ibu Ammar said...

susah la zaman skang niu, banyak diorg pentingkan keuntungan berganda musim beulan puasa.

baik makan di rumah saja jgn makan di hotel. yakin dijamin halal.

Penulis Rindu said...

FPihak berkaitan..kena buat serbuan lebih kerap ye..maaf jgn marah ye.saya pun keja juga

Unknown said...

Salam..nilah ragam hotel-hotel bila tibanya Bulan Ramadhan.Aspek halal-haram ditolak ke tepi,yg penting untung drpd pakej-pakej bufet Ramadhan.Saranan supaya semua hotel-hotel di malaysia perlu dpt lesen sijil halal drpd JAKIM amat-amat perlu & diwajibkn...

amira zakiah said...

senang2 makan kat umah je laa dengan family

tehr said...

sebahagian umat memang makan dan minum di tempat2 seperti itu
-umat yang taat tak payah le masuk ke sana

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung