Nuffnang
Thursday, October 7, 2010
Remaja Lari Rumah Sudah Jadi Trend?
SEKIRANYA remaja sampai ke tahap mengibaratkan rumah mereka seperti ‘neraka’ dan bukan lagi tempat paling selesa untuk didiami, tidak hairanlah tangan cepat mencapai dua-tiga helai baju lalu dimasukkan ke dalam beg lantas kaki pantas melangkah keluar dari rumah tanpa memikirkan musibah yang bakal mereka terima.
Menghadapi kemelut dengan ahli keluarga dan pada masa yang sama fikiran ‘diusik’ dek pengaruh luar atau rakan yang membayangkan nikmat kebebasan serta keriangan dunia luar menjadi penyebab kebanyakan remaja tidak teragak-agak meninggalkan keluarga.
Lebih mengecewakan apabila terdapat gadis tergamak meninggalkan rumah semata-mata mahu mengikut teman lelaki sebagaimana yang berlaku pada pasangan kembar berusia 14 tahun dari Kampar, Perak, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin pada Aidilfitri baru-baru ini. Setelah seminggu meninggalkan rumah, pasangan kembar itu ditemui di Ayer Itam, Pulau Pinang.
Keluarga Pijah atau nama sebenarnya Norlaili Afizah pula menjadi antara keluarga yang cukup bernasib baik kerana gadis berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang Februari lalu tiba-tiba tersedar dari dunia khayalan ciptaan teman lelakinya, Sarjo, lantas dia kembali ke pangkuan keluarga.
Kes remaja lari rumah seperti di atas menunjukkan betapa kuatnya tarikan insan bernama rakan dan teman lelaki dalam hidup seorang anak gadis hari ini.
Bagaikan mempunyai kuasa hebat, rakan dan teman lelaki mampu merungkai ikatan kasih-sayang yang terjalin sejak kecil antara gadis dan ahli keluarga mereka.
Kisah 1: Lari gara-gara merajuk
Kathy (bukan nama sebenar) meninggalkan keluarganya selama setahun gara-gara terasa hati dengan ibu dan neneknya. Seperti mereka yang lain, sebelum ini Kathy hidup bahagia bersama keluarganya. Kemelut timbul apabila perniagaan dobi keluarganya menghadapi masalah sehingga memaksa mereka sekeluarga menumpang rumah neneknya.
“Saya merajuk dengan nenek. Dia tak suka kami tinggal dengannya. Dulu bila keluarga kami senang nenek tak macam tu. Bila kami susah, dia hina dan fitnah kami.
“Emak pula asyik menangkan nenek padahal orang sekeliling dah buat cerita macam-macam pasal emak. Sebab itulah saya buat keputusan keluar rumah. Saya betul-betul tak tahan,” katanya kepada Mingguan mStar ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita Dan Remaja (Kewaja) di Gombak.
Kisah 2: Terabai punca Liana hanyut
Bagi Liana (bukan nama sebenar) kesibukan ibu dan ayahnya bekerja mencari rezeki menyebabkan dia mencari keseronokan di luar bersama rakan-rakannya.
“Mak dan ayah saya sibuk bekerja tak ada masa untuk bersama saya dan adik. Saya pernah tak pulang rumah hampir tiga bulan sebab seronok dapat melepak di rumah sewa kawan.
“Ketika saya lari dari rumah pun mak ayah tak cari sebab mereka tak kisah saya pergi mana. Sejak itu saya sering tidak pulang ke rumah,” kata gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini.
Sikap si ayah yang sibuk bermain judi dan si ibu yang melebihkan kasih sayang terhadap adiknya yang juga kanak-kanak kurang upaya menyebabkan dia lebih senang untuk bersama-sama teman sebaya yang nakal di kawasan perumahannya.
“Duduk dekat rumah pun bukan ada apa-apa. Saya bosan, tak ada apa nak di buat. Lebih baik saya melepak dengan kawan-kawan. Bila lepak dengan mereka macam-macam benda kami cuba,” katanya.
Bukan sekadar lari dari rumah dan melepak dengan rakan sebaya, Liana yang ketika itu baru berusia 14 tahun sudah pandai menghisap dadah semuanya dek kerana termakan pujukan teman-teman. “Saya ambil dadah itu pun sekadar suka-suka sahaja. Itupun sebab kawan yang ajak,” katanya.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tiada apa yang mampu diubah, namun bagi Liana apa yang telah berlaku merupakan pengajaran yang pahit kepadanya.
“Saya telah insaf dan sedih atas apa yang berlaku. Apa yang penting selepas habis tempoh pantang ini saya hendak pulang ke pangkuan keluarga. Kerana mak malu saya mengandung anak luar nikah, dia minta pakcik hantar saya ke rumah Kewaja sejak Julai lalu,” kata ibu kepada seorang bayi perempuan ini.
Saya nak sambung pengajian yang telah saya tinggalkan,” katanya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. SUMBER MSTAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Jika niat d hati berjuang kerana Allah swt...mati shahid kerana mempertahankan tanah air tetapi jika kerana mu 1M.....jahanam....Mudah2a...
5 comments:
salam apa pun..adalah didikan agama..kalau ibu dan ayah kuat berpegang maka insyallah anak pun akan ikut ...kedua ibu bapanya..wallah hu aklam
didikan agama dan disiplin perlu diajar sejak anak2 dari kecil lg..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/
mereka ni suka ambil jalan mudah..tanpa fikir akibat yg menunggu...ibu bapa juga perlu ambil langkah2 agar anak2 lebih hormatkan mereka dari takut kan mereka...berikan lah didikan agama yg secukupnye
budak2 skrg x pikir panjang...
mmg dah jadi trend...lari dari rumah sbb nk lari dari masalah...ingt boleh lari ke selama laamanya?remaja perlukan tarbiyah yg mantap dari kita.....semuanya bermula dari diri kita dan keluarga....
Post a Comment