Nuffnang

Saturday, April 16, 2011

Buat Macam mana !! Isteri lari ikut Mat Afrika

Gambar Hiasan Je Nie

JOHOR BAHRU: Bukan sekadar memikat dan melarikan isteri seorang pemandu lori yang hamil tiga bulan, seorang pelajar ‘Awang Hitam’ didakwa berlagak sebagai suami wanita berkenaan sejak setahun lalu dan tinggal sebumbung meski pun mereka berdua tiada sebarang ikatan sah.

Lebih membimbangkan, penuntut Afrika di kolej swasta di Selangor dipercayai bukan Muslim dan sekiranya mereka bersekedudukan ia dikhuatiri menyimpang akidah wanita dan bayi yang dijangka lahir Disember lalu.


Tidak cukup dengan kejayaan melarikan wanita itu, Awang Hitam berkenaan dengan berani menghantar SMS kepada suami wanita itu mengugut mahu mengambil tindakan sekiranya masih mengganggu keluarganya.

Selain itu, Awang Hitam terbabit mendakwa suami wanita itu pernah merogol dan memukul wanita berkenaan, sebelum mengakui wanita itu kini isterinya.


Mangsa, Zakaria Hitam, 35, berkata, dia tidak sangka mahligai dibina sejak enam tahun lalu lenyap selepas isterinya, Jasnianih Japar, 31, berkenalan dengan lelaki Afrika berusia 20-an yang dipercayai menerusi rakan sekerjanya, awal tahun lalu.


“Hampir setiap hari saya melihat isteri berbalas SMS dan berbual di telefon tetapi tidak pernah menyangka ia perkara serius hingga menjadi punca kehancuran rumah tangga saya.

“Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas menghidu perbuatannya menerusi bil telefon yang mencecah ratusan ringgit sebulan.


“Saya pelik dengan perubahan isteri kerana mudah terpaut dengan kata romantis dan bentuk fizikal lelaki itu yang juga pelajar asing sebuah intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Selepas bersemuka, saya memberi peluang kedua dan memaafkan perbuatannya demi anak pertama di dalam kandungan yang berusia tiga bulan ketika itu,” katanya.


Zakaria berkata, isterinya hanya berubah buat seketika sebelum menjalin semula hubungan dengan lelaki berkenaan dan nekad menghilangkan diri dengan membawa pakaian dari rumah mereka di Taman Tampoi Utama, 20 Mac tahun lalu.


Selain itu, katanya, isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Kempas juga memohon cuti selama sebulan daripada majikan dengan alasan mahu berehat.


“Hati saya tersinggung dengan perbuatan isteri yang sanggup memburukkan nama saya di kalangan rakan sekerjanya sebelum menghilangkan diri.


“Selepas setahun saya berusaha mencari isteri, pada 24 Mac lalu saya menerima SMS daripada lelaki Afrika berkenaan yang mengakui dirinya sebagai Kenneth serta mengugut mahu membuat laporan polis dan mendakwa saya mengganggu isteri dan pernah merogolnya,” katanya.


Menurutnya, selain itu lelaki berkenaan menghantar 20 SMS termasuk dakwaan menyatakan dia berkahwin dengan wanita itu dan mereka kini hidup berkeluarga.


Katanya, berikutan kejadian itu, dia membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika berkenaan yang memporak-perandakan rumah tangganya di Balai Polis Skudai pada 28 Mac lalu (Isnin lalu).


“Dia datang ke sini menggunakan pas pelajar sepatutnya menuntut ilmu dan bukannya mengganggu rumah tangga orang lain. Selain polis, saya membuat laporan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ), namun hingga kini masih tiada sebarang maklumat diberikan,” katanya.


“Selain isteri, saya tidak tahu nasib zuriat sama ada isteri selamat melahirkannya kerana anak sepatutnya dilahirkan Disember tahun lalu.


“Saya bukan saja bimbang isteri dipergunakan untuk kesenangan lelaki Afrika berkenaan, malah anak dan isteri mungkin terjebak dengan ajaran bukan Islam.


“Berikutan itu, saya memohon dan merayu pihak berkuasa menyiasat perkara ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap anak mahupun isteri,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jasnianih diminta menghubungi talian 019-7400116.

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

18 comments:

Penulis Rindu said...

kesian ye

~~su manje~~~ said...

em..........kurang persefahaman tu....
mana yang baik kita ikut yang buruk jadikan pengajaran..
salam ziarah dari sumanje...
dh tertembak seketul disini untuk en.abu luqman....

cik azeya said...

ish3,,,, kene jampi2 kot. hmm

mamawana said...

Ontahlah...dah setahun krisis baru tigo bulan ngandung...anak sapor lak tuuuu..... Ya Allah...mcm2 jenis manusio tak takut kek Tuhan. Sebut Allah pun tak gogar dadonyo...

ASSOYFINGER67 said...

salam...pemerhatian aku wanita2 begini adalah wanita yg kuat seks dan romantisnya...so elakkan dari memberi isteri anda menonton video lucah kerana ini menyumbang permintaan yg berlebihan dan mengganggu imiginasi keperempuanannya...jika iman tak cukup ...dan tiba2 datang pula mamat hitam macam nie...perkara2 ini boleh berlaku....Oleh itu jika anda lelaki jgn pandang membelai,romantis dan ketahanan seks itu tidak penting....apa yg lebih penting...takut kepada Allah dan balasan2 burokNYA...(kalau tak apapun tak mustahil terjadi)wALLAHu'lam

aliza zeke said...

mintak dijauhkan benda2 yg x elok tuu kan...moga si isteri tuu cepat sedar akan perbuatan dia

a loqman said...

Terima kasih
Sumanaja...Makasih Ye
Azeya...semoga mendapat suami yg baik ye

a loqman said...

Terima kasih
Mamawarna..Kemungkinan kurang didikan agama kut.

Makasih Assoy..betul kata hang tu...

Miecyber said...

Semuga Allah turunkan bala kepada isteri derhaka tersebut.

Kera serang bayi

Tinta Lana said...

suma komen cam bert sblh jek?hek3, jgn mare lana ckp cmtu lak.

Lana ase xadil lau dgr dri citer/pihk suami. msti dgr ketiga2 pihk utma ni dlu~suami,isteri n si awg hitm ni. pastu bru kite leh wat ksimpuln.

Papun,jdik kn kish ni sbg iktibr n smpdn tuk kite, tol x pokcik abu?hahaha, canteeqq!

a loqman said...

makasih
Miecyber
tytha lana...semoga jadi iktibar pada kite

kindergartenlibrary said...

adoi ...tak patut ~

thomas said...

Ramai yg mcm tu sekarang ,
tak tahulah apa yg nak di cari dlm hidup ni.

Penulis Rindu said...

makaish nelly'
Mr Thomas.. Dia orang nak kepuasan kut..huhu

nuriz said...

ish ish apa le mat afrika tu dag buat sampai lupa laki

Unknown said...

mat afrika memang power bab2 macam ni lagi2 kalau isteri selalu terabai dan jarang dapat nafkah batin

TnZ said...

cane leh terpikat.,.ish...pernah gak org afrika mengayat aku,ckp kt dia dh berpunya n x mau bg phone number sbb nnt pakwe jeles (haha kita pon kena la pandai kalo nk menolak) tp dia nak gak..katanya aku ni cantik la ap la..(ayat manis..hampeh!)pastu bg email jek..sbb degil x dgr kata haha..email palsu je la kalo bg phone palsu nnt dia miss call waktu tu gak kantoi

BisnesMeng said...

besaq..hitam..panjang kot...dia cari..!!!!
hahahahahaha.......hahahahahahaha,,,,
apa2 pun berbalik lah kita pada agama....

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung