Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.
Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.
Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.
Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.
Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.
Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.
Sila Klik untuk Bacaan selanjutnya
9 comments:
satu penulisan yang membuat aku ..menitiskan air mata
satu penulisan yang membuat aku ..menitiskan air mata
salam..
selalunya begitulah..
betul kata Dr MAZA
bila orang dah pergi
baru kita terasa..semoga
menjadi iktibar buat kita
semua...
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH
DAN KOMEN DI BLOG SAYA
JANGAN LUPA DATANG LAGI
www.zulkbo.com
harap2 kemenangan dpt "dikekalkan"
Salam, dik luqman. Insan yang beriman akan sentiasa menyinari hati sesiapa pun, walau hanya dgn kata2....:)
makasih ye..
betul bro..aku benar2 terharu baca nukilan ini....;(
:(
:(
Post a Comment