Nuffnang

Tuesday, September 27, 2011

Tiada lagi sukan laga lembu di Barcelona


LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin.

BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibunuh di Catalonia kelmarin sebelum pengharaman sukan tersebut berkuat kuasa di arena Monumental, Barcelona.

Haiwan seberat 570 kilogram itu dibunuh oleh seorang matador berusia 28 tahun, Serafin Marin.

Para penonton seramai 18,000 orang menyaksikan majlis terakhir laga lembu jantan tersebut.

Sebahagian daripada mereka menjulang tiga matador yang mengambil bahagian dalam pertarungan dengan lembu jantan.

Larangan sukan tersebut akan bermula pada Januari tahun depan.

Parlimen Catalonia mengundi pada Julai 2010 untuk mengharamkan sukan tersebut.

Pengundian itu dibuat selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia mendapatkan 180,000 tandatangan bagi meminta sukan tersebut dibincangkan.

Para peminat sukan itu bergambar di arena tersebut sebagai kenangan.

"Adalah amat penting untuk datang ke sini hari ini," kata seorang peminat sukan itu, Juan Jose Cabedo.

Dia sanggup menempuh perjalanan sejauh 200 kilometer untuk menyaksikan acara itu.

"Kami berasa sedih dan marah," katanya.

Namun, kira-kira 30 aktivis hak asasi haiwan meraikan penamatan acara laga lembu itu. - AFP


13 comments:

ad_dimasyqi said...

Elok la diharamkan. Buat penaya lembu je. Fitrah aktivis hak asasi telah membuatkan mereka benci penganiayaan terhadap haiwan

Unknown said...

baguih la camgitu.. kesian lembu tu

Penulis Rindu said...

kecian kat lembu ye

♥ Nana BamBam ♥ said...

Masyaallah, kenapa la lembu dibuat mcm 2..adoyaii

Miecyber said...

Tindakan yang bijkasana

asraf osman said...

tapi bukan ke satu tradisi tu?;)

Penulis Rindu said...

apala orang sepanyol ni.. kalau orang Islam lakukan dia orang kata pengganas

Unknown said...

kejam sungguh !

Karya Hati said...

baguslah...kejam benda2 ni...

apek poyo said...

elok la dah diharam kan tu...binatang tu tak berdosa..dibunuh pulak tu..
lopeh tu di buatnya untuk gelak ketawa...

Nizam Awang Brahim said...

Molek amat.Sian ke lembu ter....

APAN said...

harapnya berkekalan la larangan ni...kesian gak aku tengok lembu yg jadi mangsa dalam mende2 gini...

NoorNazuha said...

mmg patutla..x baik seksa binatang kan...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung