Nuffnang

Friday, October 21, 2011

Gaddafi Terbunuh, Selepas Pemberontak Libya Tawan Sirte


Muammar Gaddafi terbunuh selepas terkena tembakan di kepala.Foto AFP

TRIPOLI: Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte pada Khamis.

Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.

Rakyat di Tripoli Libya meraikan berita kematian Muammar Gaddafi.

“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah dibuat ke atas Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media di sini, Khamis.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak memberi tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit kemudian ketika tiba hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muammar berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh dalam kejadian tersebut pada Khamis. —REUTERS

1 comment:

a loqman said...

setiap yang hidup pasti mati

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung