Nuffnang

Wednesday, October 19, 2011

Tahniah Bro Roshidi Ishak (Suami Vanidah Imran)



Rashidi Ishak dan isteri, Vanidah Imran FOTO THESTAR, LIM CHENG KIAT



SERDANG: Selepas tujuh tahun bergelar pelajar, pelakon Rashidi Ishak akhirnya berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Rashidi berkata, dia berasa bertuah biarpun mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian, dia mampu membuktikan artis yang sibuk sepertinya boleh berjaya dalam akademik sekiranya berusaha.
"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.
"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen UPM, di sini, Selasa.
Rashidi antara 7,327 graduan pelbagai jurusan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen UPM kali Ke-35 yang diadakan di sini pada 15 dan 16 Oktober lalu.
Menurut suami kepada aktres Vanidah Imran ini, semangat yang kuat dalam dirinya didorong oleh isteri dan keluarga selain mahu menjadi pembakar semangat kepada anak-anaknya dalam bidang akademik.
"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.
"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi," MSTAR

12 comments:

a loqman said...

Bro Rashidi Sudah..anda bila lagi

LydSunshine said...

Walaupun lama, berjaya juga. Hebat..

a loqman said...

hebat ye..tq

a loqman said...

hebat ye..tq

Dkna Abza said...

tahniah buat rashidi. bukan senang nak habiskan pengajian dengan status suami orang dan pelakon..

banyak pengorbanan harus dilakukan untuk mendapat segulung ijazah...

tunz said...

tahniah rashidi ishak..moga terus cemerlang dan bahagia bersama keluarga

a loqman said...

makasih ye

♥ Nana BamBam ♥ said...

akhirnya tercapai niatnye menamatkan pengajian :) tahniah.

Ezad Skytech said...

13 semester tu...akhirnya berjaya dapat segulung ijazah...:)

Anonymous said...

makasih ye

Anonymous said...

wah, lama pun akhirnya berjaya.. hebat la... ^_^

a loqman said...

tq all

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung