Nuffnang

Wednesday, March 28, 2012

Isteri terbiar sesal terlanjur

Gambar Hiasan je..

SAYA mempunyai masalah dan memerlukan pendapat Dr supaya dapat memberi jalan penyelesaian dari segi Islam dan psikologi.
Saya berumur 30 tahun dan mempunyai tiga anak. Kini saya dalam proses menuntut fasakh. Perkahwinan kami penuh dugaan ditambah dengan sikap suami yang banyak melakukan perkara kurang baik. 
Malah saya juga bukan manusia yang baik, tetapi mengharapkan bimbingan dan perlindungan darinya. Di sebabkan dia tidak lagi bertanggungjawab, saya minta dilepaskan secara baik namun dia enggan.
Kemudian saya memohon fasakh bagi menuntut keadilan diri saya sejak 2010.
Selepas mengetahui saya memohon fasakh, suami mula bermusuh dengan saya dan anak-anak.
Buat pengetahuan Dr, saya tinggal bersama keluarga. Jadi suami sewenang-wenangnya tidak pulang ke rumah.
Saya reda apa yang berlaku. Masalah saya kini bukan mengenai perkahwinan tetapi diri saya. Tahun lepas saya terlanjur dengan teman perniagaan saya.
Saya tidak sedar apa yang berlaku dan ia hanya berlaku sekali. Demi Allah, bukan atas kerelaan saya, tetapi saya seakan tidak dapat menolak.
Walau sesal bagaimana sekali pun, hati saya tetap tidak tenang. Saya tertekan dan menangis seakan ada beban dalam hati saya yang amat berat tapi tidak dapat saya lepaskan.
Berdepan dengan anak, saya sebenarnya tidak layak menjadi ibu mereka. Benarkah hukuman untuk orang seperti saya adalah rejam sampai mati?
Saya amat takut dengan hukuman sebegitu dan saya harap masih ada jalan untuk saya tebus perbuatan saya.
POHON TAUBAT,  Soal jawab agama...H metro

9 comments:

Penulis Rindu said...

kesian dia..

Ayu said...

Dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk...semoga kita mampu melalui dugaan Allah dengan lebih baik lagi.

Jahirah said...

berat dugaan wanita ni...

Asosiasi Penulis Islam said...

penuhilah kesabaran dalam jiwanya..

Cheqna said...

Semoga Allah SWT kurniakan jalan yang lebih baik untuknya.

dan semoga kita semua ditetapkan iman seandainya diduga dengan dugaan2...amiin.

Diari Si Froggie said...

kesian kat dia.. tapi Alhamdulillah la dia dah kembali ke jalan yang benar.

tehr said...

berat sungguh dugaan...

Penulis Rindu said...

ya semoga ia berubah..

Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung