Nuffnang
Monday, June 11, 2012
Apa Nak jadi nie : Pondok telefon dihumban dalam longkang,
ALOR GAJAH: Tindakan sekumpulan remaja di sebuah taman perumahan di Lubok Redan, Masjid Tanah, di sini, merosakkan pondok telefon awam, malah turut menghumbannya dalam longkang besar memberi gambaran tahap kesedaran sivik masyarakat setempat masih rendah. Penduduk, Taqiyuddin Jidin, 39, berkata, tindakan terbabit bukan saja menyusahkan orang ramai terutama yang berdepan kes kecemasan, malah turut mencacatkan pemandangan selain memberi imej tidak baik kepada orang luar.
“Pondok telefon itu untuk kemudahan penduduk setempat dan kawasan sekitar jika berlaku kecemasan. “Namun perbuatan itu mencacatkan pemandangan dan menyusahkan penduduk,” katanya. Katanya, berikutan itu, pondok telefon awam perlu dipantau secara berkala bagi memastikan kemudahan itu sentiasa terpelihara. Seorang lagi penduduk, Maznita Masrom, 29, berkata, tidak semua penduduk memiliki telefon bimbit kerana masih ramai yang bergantung kepada perkhidmatan telefon awam. “Saya kesal dengan tindakan golongan terbabit yang merosakkan harta awam tanpa tujuan,” katanya.
Menurutnya, gagang telefon dipotong, pondoknya dimusnahkan manakala peti wangnya dipecahkan untuk diambil wang berkenaan. Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Hasni Yang Ghazali (gambar) berkata, beliau kesal dengan masalah itu kerana kerajaan sudah mengeluarkan peruntukan bagi menyediakan kemudahan kepada penduduk, tetapi ia tidak dihargai. “Justeru, saya berharap pihak berkuasa berkaitan memikirkan tindakan lebih konkrit bagi menaik taraf kemudahan asas terutama pondok telefon awam yang tiada ciri keselamatan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Jika niat d hati berjuang kerana Allah swt...mati shahid kerana mempertahankan tanah air tetapi jika kerana mu 1M.....jahanam....Mudah2a...
2 comments:
kesedaran sivik yang rendah ni
kesedaran sivik yang rendah ni
Post a Comment