Nuffnang

Tuesday, October 9, 2012

Gempar : 8,000 lulusan jururawat kolej swasta menganggur..Dulu Kata ada Kerja..?


KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur.

Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan semasa.

"Ada lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga tahun.

"Masalah ini berlaku kerana tidak ada keseimbangan di antara jumlah pelajar yang mengikuti latihan kejururawatan dan peluang pekerjaan yang ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tahniah kepada 60 lulusan kejururawatan kolej swasta yang mendapat pekerjaan melalui My Career Fair 2012 anjuran Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas di Wisma Perkeso hari ini.

Beliau berkata, selain terpaksa menganggur, lulusan itu juga terpaksa menanggung beban hutang pendidikan.

Justeru, Subramaniam menasihatkan lulusan kejururawatan yang masih menganggur agar mengubah cara pemikiran dan cuba mencari peluang pekerjaan di tempat lain selain hospital swasta.

"Antara tempat lain yang memerlukan khidmat jururawat ialah rumah penjagaan warga emas dan rumah penjagaan kanak-kanak kurang upaya," katanya.

Beliau berkata menerusi My Career Fair 2012 yang bertema 'Menyatukan Bakat Dengan Peluang', satu temuduga terbuka diadakan pada 24 Mei lepas untuk graduan sektor kesihatan di Shah Alam.

Sesi temuduga itu diadakan dengan kerjasama beberapa hospital iaitu Pusat Perubatan Sime Darby, Hospital Pantai Cheras, Hospital Pantai Ampang, Hospital Damai dan Hospital Assunta.

Subramaniam juga berkata selain menyampaikan surat tahniah kepada lulusan kejururawatan berkenaan, majlis hari ini diadakan bagi menghargai jasa baik hospital yang terlibat dalam sesi temuduga. - Bernama

5 comments:

Penulis Rindu said...

dulu semasa temuduga..IPTS kata mereka akan cari kerja kepada bakal jururawat nie..?

Anonymous said...

Bukan takdak keje, memilih sangat. Keje shift tak nak, nak keje mcm ofis dtg pagi balik petang. Cuma nurse yg dedikasi tanpa kira apa keadaan je yg senang dpt keje. Budak2 mentah baru kuar ni mana nak keje teruk2 cuci muntah, kencing berak, keje tak kira waktu. Kalau takde kritera mcm ni tak payah ambik kursus nurse.

Mimi Nur Farahin Hassan said...

Alhamdulillah sebab siapa yang belajar kat kolej insyaAllah akan dapat keja. Sebab hampir semua senior saya dah dapat kerja kat hospital sime darby tu. Kadang-kadang tu pun kita kena pandai pilih jugak tempat mana yang kita nak belajar. =)

Penulis Rindu said...

Tq mimi...Kolej Sime darby ok..tak de masalah

MDS TECH SOLUTIONS said...

Kesian.. belajar bertahun2 .. tanam anggur pun bertahun2.. jgn apply kerja kat rumah urut dah laa..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung