Sistem AES
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan bertindak tegas dengan membungkus dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan Sepang bermula Jumaat ini."Sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan bertindak menutup Kamera AES dengan sarung supaya tidak dapat berfungsi bermula Jumaat ini," katanya dipetik Selangorku..
Menurut Khalid lagi, jika pihak kementerian masih tidak memberi respon di dalam dua minggu, Kerajaan Negeri akan menanggalkan kedua-dua kamera tersebut.
Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) sebelum ini katanya telah menulis surat kepada kementerian untuk membetulkan tatacara permohonan dan mendapat kebenaran untuk memasang kamera tersebut.
“Namun surat oleh YDP (Yang Di Pertua) MPSP langsung tidak diendahkan,” ujar beliau semalam.
Pada Nov 9 lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Selangor akan menangguhkan perlaksanaan sistem AES di Selangor sehingga Kerajaan Selangor berpuashati dengan cara perlaksanaannya. harakah
1 comment:
khalid sewel....
Post a Comment