Nuffnang

Friday, January 25, 2013

Kelaku Jahat : Lagi billboard PAS dibakar di Negeri Sembilan



(Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar (ketiga kiri) bersama AJK MTD PAS Lenggeng dan AJK PAS Kampung Sungai Jai di hadapan Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' yang dibakar)

SEREMBAN: Sebuah lagi Billboard PAS yang  dibakar di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Sungai Jai, Lenggeng di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian disedari oleh seorang penyokong PAS, Adnan Mohamad pada pukul 11.30 pagi.

Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut baru sahaja didirikan tiga hari sebelum kejadian di hadapan kediaman Adnan.
Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata tindakan ini melihat betapa 'desperate' dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

"Jelas bahawa Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan Manifesto berbanding Barisan Nasional. Ini bukti kita telah bersedia untuk tunaikan janji negara berkebajikan pada rakyat.

"Kita sentiasa katakan kita tidak amalkan politik rosakkan harta milik parti yang sah, kerana Malaysia sebuah negara demokrasi yang beri peluang kepada semua parti politik untuk memberi penerangan dan menyatakan apa yang berlaku," kata Zulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Berikutan kejadian itu Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng.harakah daily

2 comments:

Penulis Rindu said...

yang kita tahu suka melakukan perkara jahat ni ialah org yang berkawan dengan syaitan.

Anonymous said...

Adakah awak maksudkan TGNA? Atau para pengikutnya?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung