Nuffnang

Monday, February 18, 2013

Terbaru Yasin [Penyanyi] Menyertai Pakatan Rakyat [ Keadilan ]


KUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
IMG_8347Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.
“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.
AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.
“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.
Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat. Keadilan Daily .
.Nukilan ABu Luqman  Sila Klik LIKE UNTUK FAN PAGE ORANG KAMPUNG 

1 comment:

Penulis Rindu said...

teruskan perjuangan yasin

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung