Nuffnang
Friday, September 26, 2014
Syabas Azmin Ali..Mahu Mengekalkan PAS Dalam Barisan Exconya.
Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.
Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.
"10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini.
Semalam secara terbuka Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin meminta komposisi exco dengan empat dari PAS dan masing-masing tiga dari DAP dan PKR disemak semula kerana PAS tidak menyokong langkah menukar Khalid ini.
"Pendapat peribadi saya, pembahagian kerusi exco perlu disemak semula.
"Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku," kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti semalam.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menambah lagi kemelut apabila menyifatkan empat exco PAS yang enggan meletak jawatan dan terus mentadbir negeri bersama bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.
Namun bekas exco Agama Sallehen Mukhyi membidas Lim yang tidak memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menyifatkan kenyataan ketua menteri itu ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.
Selepas mempertahankan kemenangan PR di Selangor bagi penggal kedua, 10 exco yang dilantik adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, dan Dr Daroyah Alwi.
Namun enam exco PKR dan DAP dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu selepas didapati melanggar ikrar 10 Akujanji apabila mengeluarkan kenyataan mahu mengehadkan kuasa pemutus menteri besar dalam mesyuarat.
ITULAH BEZANYA PEMIMPIN POLITIK BERSIFAT BUDIMAN DAN BIJAK DENGAN POLITIKUS YANG MENGELUARKAN KATA-KATA TANPA MEMIKIR PANJANG AKAN KESAN DAN IMPLIKASI PERTUTURANNYA.
SYABAS KEPADA YAB AZMIN ALI .. SUATU PERMULAAN YANG AMAT TEPAT DALAM MENCARI PENYELESAIAN DAN PEMULIHAN KEMELUT POLITIK DALAM GAGASAN PAKATAN RAKYAT.
MEMBUKTIKAN KEPADA DUNIA YANG MB SELANGOR BAHARU BUKAN JENIS PENDENDAM KESUMAT TETAPI MENGGUNAKAN AKAL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MEMBERI MANAFAAT DAN KEUNTUNGAN KEPADA PR KHASNYA DAN RAKYAT SECARA KESELURUHANNYA.
SALUTE DAN TABIK SPRING KEPADA YAB AZMIN ALI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Mayat wanita peluk bayi tak bernyawa ditemui di tepi jalan. KULAI: Dua mayat membabitkan seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai ba...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat warga Malaysia bersama lima individu lain hari ini didakwa atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan pe...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...
-
GAMBAR hiasan KUALA LUMPUR: Laporan media semalam mengenai seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi dua bulan lalu, ...
No comments:
Post a Comment