Nuffnang
Friday, December 26, 2014
Gambar Lelaki Mengamuk Guna Lori, Rempuh 8 Buah Kereta di Puchong
PUCHONG, 25 Dis - Seorang lelaki bertindak merempuh beberapa buah kenderaan di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi.
Lelaki tersebut dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan terbabit dengan menggunakan sebuah lori pengangkut sampah setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.
Menurut kenyataan sumber yang menghubungi Siakapkeli, penduduk pangsapuri yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.
Lelaki itu pada mulanya bertindak merempuh dua buah kereta milik abang iparnya iaitu sebuah Iswara dan sebuah Avanza menggunakan lori tersebut.
Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain yang berada berhampiran turut menjadi mangsa amukan lelaki terbabit.
Menurut sumber itu lagi lapan buah kereta dan dua buah motosikal menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Selain itu beberapa struktur pangsapuri tersebut juga dilihat rosak disebabkan perbuatan lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki berbadan gempal itu sudah ditangkap oleh polis yang tampil ke tempat kejadian. - Siakapkeli.com.my
Gambar Kejadian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Cahaya lampu menyinar setelah di sinari oleh lampu kereta.... Gambar pokok yang dihiasi lampu hijau...cantik. Gambar pokok yang dihiasi den...
-
KUALA LUMPUR: Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung denga...
-
PUNCA OBESITI Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang ti...
-
Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap mega...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kemeriahan kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kini sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia. Tidak terlepas, salah seora...







No comments:
Post a Comment