Nuffnang

Saturday, May 30, 2015

Aksi TMJ dan Adiknya Dalam Aksi Memasak mendapat. Perhatian Ramai.


  • TMJ masak adik sendiriAksi TMJ dan Tengku Bobo yang dirakamkan menerusi JOHOR Southern Tigers.
 1 / 1 
KLIP video menunjukkan aksi Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ‘memasak’ mendapat perhatian pelayar Facebook sejak beberapa hari lalu.
Aksi bersahaja itu dipuji ramai apatah lagi beliau kelihatan sengaja menyakat adiknya, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggil Tunku Bobo.
Melalui rakaman yang dimuatnaik menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Bobo kelihatan direndam dalam sebuah bekas yang berisi air dan Tunku Ismail menjadi chef yang memasak ‘Tunku Bobo Recipe’.
Beliau menggunakan beberapa bahan seperti garam, lada hitam, timun dan berpura-pura merasa hasil masakannya dengan senduk yang digunakan untuk mengacau air tersebut.
Video itu mendapat respons pelbagai dari pelayar Facebook yang rata-rata terhibur dengan keletah kedua-duanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung