Nuffnang

Sunday, May 31, 2015

Ini Melampau Atau Denda : Kakak Pelajar.



Demikian status Facebook yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Liyana Azman yang berang dengan tindakan seorang pendidik yang memalukan adiknya di sekolah.

"Ustazah denda adik saya, disuruh pakai telekung semasa menjawab soalan peperiksaan. Selepas itu, rakam gambar dan hantarkan ke group budak sekolah. Motif apa?

Kes guru merakam gambar pelajarnya dan sebarkan kepada umum kembali lagi. Tindakan guru ini dilihat sengaja memalukan pelajar terbabit.

"Please explain this! Apa perasaan Najmi nak jawab exam ni? Down okay. Keliling dia semua ketawakan (dia). Nak mengajar pun biarlah denda yang bermoral sikit.

"Salah dia sebab tak pakai songkok. Okay, dia salah tetapi perlu ke hantar ke group bagai? Kami sekeluarga tak boleh terima," kata Liyana yang kesal dengan tindakan guru berkenaan.

Tindakan guru merakam gambar pelajar seperti ini amatlah tidak wajar walaupun niat sekadar bergurau kerana ia boleh ditafsirkan maksud yang lain oleh orang awam. 



Pihak KPM perlu tegas dalam hal ini dengan menggenakan tindakan tegas terhadap mana-mana guru yang merakam pelajar mereka dengan niat cuba mengaibkan mereka. - THEHYPEMEDIA.COM

14 comments:

ramboo-t said...

Guru (ustazah)ini harus didenda sama dgn apa yg dia telah buat pd muridnya itu..disuruh pakai songkok kemudian disaksikan oleh semua guru lain termasuk pengetua..wasapkn jg denda itu

Anonymous said...

1. Kalau ikut islam, telekung tu pakaian untuk wanita islam. Yg tudung2 lain tu saya tak pasti. Masa kursus haji ustazah bgtau pakaian wanita islam yg sebenar macam waktu berihram.

2. Kalau x nak cikgu permainkan adik kita, elok jangan hantar adik kita ke sekolah. Ajar sendiri adik kita. Dah ramai ibu bapa dan abang kakak ajar sendiri anak dan adik di rumah sendiri. Kebanyakannya berjaya jadi doktor dan engineer

Anonymous said...

Ini mesti budak nakal ni
Cikgu tu dah bengang tahap tinggi kot

Anonymous said...

Mudah2an besar nanti budak ni jadi menteri pelajaran. Amin

Anonymous said...

Ini mungkin aktiviti sambutan hari guru.
budak2 tu berlakon aje.
biasa la tu

Anonymous said...

Suruh pakai telekung aje pun
Bukan suruh bukak seluar sukan mcm kat ampang hari turr

Anonymous said...

Ada guru sekarang (bukan semua) dah mental. Denda masuk fb, denda buka track bottom.kementerian tak boleh tolong ke guru2 mental mcm ni?

Anonymous said...

Mungkin cikgu sekarang tertekan. Banyak sgt kerja kena buat. e itulah e inilah. Cuti pun tak banyak mana, Kerja lain lagi senang boleh jahit baju, baca akhbar dan jual tupperware kat opis

cikgu veteran said...

Kalau nak denda murid lelaki, jangan dipakaikan pakaian perempuan, vice versa. Dan jangan malukan dia berpanjangan i.e. masukkan gambar dlm whatsapp. Saya pun guru. Dah lebih dua puluh tahun mengajar. Memang boleh hilang sabar dengan kerenah murid tp.dalam mendidik, kena jaga maruah murid. Mereka budak, kurang matang, dan tak kurang yg degil, tapi mereka juga manusia bermaruah. Didiklah mereka cikgu, tapi pd masa yang sama, jaga maruah mereka sebagaimana kita menjaga maruah kita dan berdoa supaya maruah kita Allah jaga.
Dan kepada yg menghina cikgu2 dalam komen anda, setinggi tahniah diucapkan atas kebolehan anda yang boleh membaca blog dan menulis komen atas usaha sendiri tanpa bantuan guru-guru. Saya doakan anda berjaya dunia dan akhirat.

Anonymous said...

bukan soalan maruah. ini mengAIBkan org. klu tak faham pergi belajar lg

cikgu veteran said...

Menjaga maruah orang (dalam hal ini maruah murid) sama ertinya dengan tidak mengAIBkan (your capitals) murid.

cikgu veteran said...

Komen ini khas untuk anon 11:48. Mengapa perlu gunakan bahasa kasar?

Anonymous said...

Isi borang berhenti sekolah dan ajar adik tu kat rumah. Tak ada sapa2 nak aibkan adik tu kalau belajar sendiri kat rumah. Besar boleh jadi PM

Anonymous said...

Memang pun.
Budak2 pulak kurang hajar.
Cuit sikit mak bapak hantar loyar
Kementerian janji nak kurangkan beban tapi tambah beban

Tapi.....
Kalu x nak jadi guru boleh berambus
Ramai lagi bole jadi guru
Ramai lagi yg lebih baik lebih berbakat

Yg dah nak pencen pun masih malas tu, berhenti terus lagi bagus. Tak la buang duit kejaan bayar gaji buta

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung